Showing posts with label *muhasabah*. Show all posts
Showing posts with label *muhasabah*. Show all posts

05/01/2013

Seperti Jam Itu













Aku belajar sesuatu pada sebuah jam di dinding..

Dilihat orang atau tidak, ia tetap akan berdetik...

Dihargai orang atau tidak, ia tetap berputar...

Diberi ucapan terima kasih atau tidak , ia tetap saja bekerja....

Kalaulah ia mampu berbicara, ia pasti berkata :

Aku ini mempunyai:

» MISI

» KOMITMEN

» TANGGUNGJAWAB

» SETIA sampai selamanya

Jangan pedulikan apapun penilaian orang terhadap diri kita , tapi ambillah peduli tentang komitmen kita pada diri sendiri. Komitmen untuk meneruskan kehidupan tanpa putus asa, serta komitmen untuk terus menjadi yang bermanfaat.

Yakinkan pada diri, sebesar apapun cubaan yang kita alami sekarang ini, pasti sudah sesuai degan kadar kemampuan kita untuk menghadapinya.

Mungkin ada saatnya detik jam dinding itu makin lemah , tapi itu bukan bermaksud, ia mahu mengalah, cuma itu hanya kerana dia perlu di 'cas' semula.

Begitu juga dengan kita. Saat diri lemah, kembalilah pada yang Maha Kuat, dalam sabar dan solat kita.


p/s:~ dan dia terus bergerak dan berdetik hingga tiba suatu saat
thanks for visiting my site

13/12/2012

Let's Pray For Them






selamatkan Gaza dari kekejaman Zionis



Bila terdetik/terniat di hati kita nak buat sesuatu kebaikan,pahala niat dah pun ditulis belum lagi kalau kita buat perkara baik seperti yang dirancang tu.


Menjadi sukarelawan untuk Misi ‘Selamatkan kami di Gaza’ adalah impian yang ditunggu-tunggu sejak 1st time ikut program anjuran Aqsa Syarif dengan kerjasama pelajar-pelajar dari IPTA dan beberapa institut pendidikan guru yang lain (IPBA & IPBM) sejak 2 tahun yang lalu. Payah sebenarnya nak dapat offer macam ni. Nak2 bila orang macam kita ni bukan selebriti yg masuk mana-mana rancangan amal macam ‘Bersamamu’ tu.

Semua kos nak ke sana ditanggung sepenuhnya. Tak payah pikir soal pitih,hanya perlu bawa diri sendiri dan bawa suami,eh silap! restu dari keluarga la. Misi yang dijadualkan adalah bermula pada bulan Jun iaitu pada cuti pertengahan tahun. Mungkin pihak penganjur dah pikir ‘pros and corns’ pemilihan tarikh tu.

Siapa tak ‘excited’ bila peluang macam tu terhidang di depan mata. Tapi, nak berjihad macam ni rasanya diri belum mampu lagi kot. Nak cakap soal rela or tak rela melepaskan peluang ni, rasa macam skema sgt bunyinya kan. Hahaha.

Actually, memang betol pun nk berjihad ni banyak cara. Tapi sebagai manusia ni memang dah lumrah kita suka nampak benda jauh tu yang paling terbaik, yg paling kita sungguh-sungguh nak buat. Yg depan mata ni la senang dilupakan. Apa kata pilih berjihad untuk perkara yang dekat contohnya berjihad dengan berbakti pada mak ayah selagi mereka masih hidup. Baru kena gayanya.

Lepas dibasuh otak oleh Imam Muda Syafiq. Insaf seketika. Baru sedar rupanya kalau mak ayah berat hati nak lepaskan pergi ke Gaza tu, better jgn pergi. Mana ada mak ayah yg larang anak dia buat kebaikan,nak2 jadi sukarelawan untuk bantu mangsa-mangsa perang di Gaza. Tapi sebab mak ayah dah mikir keadaan anak tu macam mana dengan jarak Gaza dengan Malaysia tu bukan macam Kelate ke Kedah (tiba-tiba* ). Susah sbb kena bawak mahram sekali. Ala macam kita pergi buat haji tu. Kena berteman.

Berbakti pada mak ayah yang ada depan mata ni pun dah dikira satu jihad. Imam Muda Syafiq cakap ada satu hadis Rasulullah yang menegah seorang pemuda berjihad sedangkan dia masih mempunyai orang tua di rumah. Rasulullah suruh pemuda tu balik ke rumah dan berbakti pada orang tu tersebut. Wah, hebat sebenarnya kan. Jihad yang dianggap ‘mudah’ bagi kita, tapi besar pahala rupanya.

Sebagai kesimpulannya, even tak dapat pergi ke Gaza pun tak apa lah, bukan rezeki hari ini. InsyaAllah, bila berbakti pada mak ayah di rumah nanti Allah akan bagi ganjaran yang setimpal dengan apa jugak sukarelawan yang pergi ke sana buat pada bulan Jun nanti. Tak dapat pergi tak bermakna tak sayang pada saudara seislam di sana kan? Doa dikirim dari jauh semoga Allah ringankan penderitaan yang dialami saudara-saudara kita di sana. Amin








p/s:~ Berdoa pada saudara seislam di sana + Berbakti pada mak ayah di sini = PERFECT!

InsyaAllah.. ^^)


thanks for visiting my site

03/06/2012

We must go


From those around I hear a cry.a muffled sob,a hopeless sigh.I hear their footsteps leaving slow and then i know my soul must fly. A chilly wind begins to blow,within my soul from head to toe and then last breath escapes my lips.It's time to leave and I must go. So it is true but it's too late. They said each soul has its given date. When it must leave it's body's core and meet with it's eternal fate. Mark the words that I do say,who knows tomorrow could be your day,at last it comes to heaven or hell. Decide which now do not delay. Come on my brothers lets pray,decide which now do not delay.do not delay! I cannot see,my eyes are blind. Am I still me??or has my soul been led astray??and forced to pay a priceless fee. Alas to dust we all return,some shall rejoice while others burned,if only I knew, I knew that before. The line grew short and came my turn. And now as beneath the sod,they lay me with my record flawed. They cry not knowing I cry worse for they go home I face my God.



:(

thanks for visiting my site

31/05/2012

Sehebat PERANCANG


:,)











p/s:~Engkaulah sehebat PERANCANG
thanks for visiting my site

23/03/2012

Kerana Pepatah


ello gurls gediks yg suka tunjuk aset and boys yg desperate gila*.kenapa terasa?ouchh.ada aku kisah?haha.actually aku nak cakap pasal satu pepatah yg aku rasa sangat sesuai untuk gurls yg suka buat-buat marah padahal suka bila ada boys yg *wajib* kawen bt tak senonoh kt diorang.apa jeling-jeling?korang tak puas hati?ok what,spe makan wasabi dia la rasa pedas. penah dengar pepatah ni *bertepuk sebelah tangan tak berbunyi*?ahaa,dah dapat *kelu* pasal apa yg aku nak bebel kali ni?ok gud~1,2,3 action!



cerita teladan


permulaannya begini.ada sorang pompuan mengadu kat pesbuk yg sorang jantan gila s*x *chat* dgn dia cakap nak ^%$RR$%%^ (pegang aset).once tgk print screen yg dia publish kt pesbuk and tgok profile picture si pompuan,i was like?!!just dua words kuar dari mulut aku *patot laa*.berpinau-pinau mata aku baca komen dia dgn jantan desperate tu.ahh,bagi aku sma jer korang dua ekor.tak ada point kau nak hangin ribut taufan kat pesbuk cakap kaum adam tak ada maruah!mana lagi tak ada maruah kalau nak compare kau letak profile picture tayang aset kau yg kau rasa pompuan lain tak ada,then print screen chat korang dgn penggunaan vulgar words and symbols tahap melampau sgala macam then letak kt pesbuk?kau tahu tak pompuan,satu malaya tgok profile picture kau and baca komen kau.diorang tak fokus pada apa yg jantan gatal tu cakap kat kau,tapi for those yg ada otak (ayat dr.lawrence) mcm aku,for sure aku fokus lagi pada ayat kau then start to make a comparison between your profile picture and the word *kaum adam tak ada maruah*.si pompuan yg hangin ciap maki hamun lelaki sambil menunjukkan simbol jari tengah.sejuta kali syg kalau pompuan cakap benda vulgar macam tu.mana nak dapat respect dari lelaki kalau each word yg kuar dari mulut siap ada simbol lucah bagai.malu sesangat.aku serious tak paham dgn dua makhluk ni.macam aku cakap tadi 2 kali 5,5 kali 2.


aku tak tengok kesalahan ni datang dari sebelah pihak.benda ni jadi melalut bukan-bukan sbb once jantan kemaruk tongkol kayu sedas ats kepala tu taip ayat-ayat gila dia,si pompuan pun *rajin* pulak g balas ayat maki hamun dia plus dgn simbol jari tengah yg buat aku guling-guling kepala 360 darjah.homaigod pompuan,aku nak nangis rasa,sampaikan jari tengah kau guna.kalau aku jadi mcm kau pompuan,dah lama aku offline chat tu once jantan tu cakap nak pegang kau punya aset.yg kau lemah sgt otak tu tak leh pikir buat hape?lagi kau balas,lagi tu laa si mangkuk tandas tu menjadi-jadi.mcm aku cakap tadi,solutionnya sangat mudah just OFFLINE.dats it!dats y aku tak pernah ONLINE chat kt pesbuk sebab kes beruk-beruk gatal & desperate mcm ni lah.nasihat aku,kalau tak nak kena 'harras' mcm ni,toksah gatal tangan g tekan button online kat penjuru kanan pesbuk tu.haishh,bnd simple pun still tak ley nak pikir.tak paham aku!




~~~~~~~~~~~~*****~~~~~~~~~~~~~

berbalik pada pepatah tadi,bertepuk sebelah tangan takkan bunyi actually on of my favourite quote yg aku rasa pompuan and lelaki sma-sma kena fikir maksudnya.somenthing yg tak elok tak akan jadi kalau tak ada yg respond.mana boleh nak salahkan lelaki sokmo.pompuan pun sma jugak terutama dalam bab berpakaian.kdg-kdg aku sedih tgk pompuan yg pakai baju adik.tak kesian k kat adik kat rumah tu?dia nak pakai apa kalau kita rembat baju dia.yg badan saiz s mybe ok lah pada pandangan masyarakat if nak pakai jugak baju adik (bukan pndangan aku ye!) but,how bout yg saiz XXL still nak jugak gaduh dgn adik sbb nak pakai baju dia.pikir la sendiri* seyes kalau aku selisih dgn owg cm ni,mmg aku tutup muka or buat-buat tak nampak.malu nak pandang.aku heran sesangat kalau tuan empunya diri still ley tawaf satu mid valley dgn pakaian yg tak molek langsung untuk dipakai bila ada mata-mata yg tertumpu pada part yg ahhh malas nk cakap.


penah tak kita yg pompuan ni pikir sejenak.kita tayang barang yg sepatutnya kita simpan untuk husband,tp once bila lelaki *asing* pandang and usha-usha kita,kita dah mula nak hangin meroyan satu badan.apa kes cm tu??aku lagi suka cakap dalam kes mcm ni,pompuan patot dipersalahkan.dah mmg lumrah lelaki akan tertarik pada bnda-bnda mcm tu,kita yg pompuan ni pandai-pandai lah.aku tak claim yg aku ni super duper bagus dlm bab berpakaian,tapi aku rasa sangat1000x tak selesa if pakai baju yg sama sendat dgn badan and berjuta mata usha-usha aku sampai aku rasa aku perlu pegi giant cari plastik sampah (kaler hitam) then sarung kat muka (*malu wey*).aku buat entri ni bukan sesaje nak cakap aku *TERBAIK* tapi sbb aku rasa aku bertanggungjawab cakap apa yg betol sebelum kaum adam start bukak mulut and cakap hal mcm ni.




aku malu bila ada lelaki yg timbulkan soal mcm ni,mcm lah tak ada pompuan yg ambik berat hal mcm ni.aku tahu banyak benda lagi aku kena baiki terutama soal pakaian.dats y aku selalu ingatkan diri aku supaya aku tak cakap kosong and just pandai nasihat owg lain jer.entri ni pun aku tujukan kat batang hidung aku sendiri jugak.banyak benda lagi yg perlu aku baiki dats y jom sesama kita baiki mana yg terkurang.nak menjaga soal macam ni tak semudah kita bercakap.aku mmg tak deny bnd ni tersangat susah nak buat.tapi if rasa berat nak buat perubahan drastik,mulakan slow-slow pun dah cukup cun.aku harap satu hari nanti,pekedai-pekedai jual baju takkan jual baju saiz s pada customer yg bersaiz XL,XXL and XXXXXXX.??*dah macam cerita X-file la pulak kan~



teringat kata-kata sorang kawan (lelaki).."Lelaki tak akan pilih pompuan yg pakai baju seksi-seksi,yg tayang segala macam aset untuk dibuat isteri.kalau sekadar nak berseronok mungkin ya.tak ada point langsung kawen dgn jenis yg pakai tak cukup kain sbb awal-awal lagi dah kasi lelaki lain tengok aset diorang.patotnya segala harta or aset tu hak mutlak suami.even lelaki ni tak la baik mana pun tapi,dia akan cari pompuan yg pakai sopan-sopan untuk jadi isteri and ibu pada anak-anak dia nanti.lelaki tak rugi apa-apa."

p/s:~for kaum adam yg ada kakak or adik perempuan tu,tolong la ambik berat soal ni.jgn nak salahkan kaum hawa if kaum adam sendiri tak ada inisiatif nak belikan baju yg sopan-sopan pada mereka.sama2 fikirkan~

semoga kita sama-sama perbaiki diri :)
thanks for visiting my site

24/01/2012

Kiamat & Mahsyar


ihsan google

Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Zat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan Kemuliaan ( Surah Ar-Rahman ayat 26-27 ) 

Alam luas ciptaan Allah SWT akan menempuh saat kemusnahannya, lihatlah tumbuh-tumbuhan yg menghijau di sekeliling kita akhirnya akan kuning layu, bebunga yg kembang akan gugur dari kelopaknya, besi akan karat dan menjadi reput meskipun kepejalan dan kekerasannya tidak diragui, makanan dan lauk-pauk yg segar akan basi, anak-anak remaja akan pudar kejelitaan dan ketampanannya dimamah oleh usia tua, akhirnya ajal pun tiba. Semua itu adalah unsur-unsur kiamat kecil yg sentiasa berlaku di sekeliling kita. 


supernova, the death of a planet
Situasi demikian merupakan satu perkhabaran awal bahawa kemusnahan sebenar akan berlaku kepada seluruh ciptaan Allah. Iaitu alam buana dan seluruh gawang cakerawala yg dipenuhi berbilion keluarga planet, akan menemui ajalnya pada satu detik yg dinamakan kiamat. Tiada satupun yg terkecuali selain yg kekal hanya Allah yang Maha Pencipta yg menetapkan tarikh akhir segala ciptaanNya. 

Bumi walaupun kelihatan begitu gagah dengan bebatu pejal serta gunung-ganang terhujam kukuh ke dasar bumi, namun ia bukanlah satu jaminan untuk selamanya ia berdiri teguh. Akhirnya, gunung-ganang yg hebat itu pasti jua tunduk dengan kedatangan saat yg Maha Dasyat iaitu, kiamat. Kiamat bererti musnahnya seluruh sistem alam yg diciptakan oleh Allah SWT yg selama ini berjalan mengikut ketentuanNya. Tidak suatu pun pertembungan berlaku kepada semua objek yg beredar di angkasa raya sebelum tibanya saat itu. Lihatlah betapa agung kuasa Allah, belum pernah di laporkan dalam mana-mana akhbar mahupun media elektronik yg lain tentang perlanggaran planet dengan sebarang objek di angkasa nun jauh di sana pada detik ini. Namun, jika Allah menyatakan 'kunfayakun' maka sekelip mata sahaja segala benda yg tidak terjangkau dek kewarasan akal manusia bakal terjadi.

Langit yg terlalu jauh dari jangkauan tatapan manusia, yg tidak diketahui apakah jenis logam yg membuatkan kepejalannya begitu kukuh, malah tidak pernah terbayang oleh akal manusia bagaimana bentuk dan kehebatannya. Namun Kiamat akan mengakhiri semua kekebalan dan kepejalan serta kekerasan si peneduh bumi yg sekian lama berbakti pada kita.

Firman Allah di dalam surah Al-Infithar ayat 1-4 yg bermaksud :

“Apabila langit terbelah dan apabila bintang-bintang jatuh berserakan dan apabila lautan dijadikan( berombak raksasa) meluap dan apabila kuburan-kuburan terbongkar” 

FirmanNya lagi dalam surah Az-Zalzalah ayat 1-5 yang bermaksud :

“Apabila bumi digoncangkan dgn goncangan (yg dasyat), dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yg dikandungi)nya, dan manusia bertanya : “ Mengapa bumi (jadi begini) ?, Pada hari itu bumi menceritakan beritanya, kerana sesungguhnya Tuhanmu memerintahkan (yg demikian itu) padanya” 

Kiamat tidak dapat  dibayangkan dgn apa pun jua, kerana manusia tidak ada pengalaman sebelumnya walaupun bumi ini pernah dihancurkan dan diterbalikkan buminya seperti yg berlaku kepada bumi yg dihuni oleh kaum Nabi Luth. Demikian juga penduduk kota Hiroshima dan Nagasaki yg pernah menyaksikan kehancuran kedua kota itu oleh ledakan bom atom ketika perang dunia kedua dahulu. Namun kesemuanya bukanlah bandingan kepada kiamat. 


mampukah kita bertahan dengan keadaan sebegini? :(


Di dalam kitab Ihya Ulumuddin juzuk yg ke 4 mengandungi perkara yg jauh dari pandangan manusia disebut sebagai “Rubu’al-Muhlikat”. Imam Al-Ghazali menjelaskan tentang manusia yg telah dibangkitkan dari kubur-kubur mereka selepas tiupan ‘Sangkakala’ yg kedua. Kebangkitan manusia yg mati sejak zaman Nabi Adam sehingga manusia terakhir selepas alam buana dikiamatkan dan dipertemukan semula sekalian roh dengan jasad yg baru.

Manusia apabila dibangkitkan, sudah pasti ia memerlukan satu hamparan bumi untuk berpijak, adakah bumi mahsyar tempat manusia dihimpunkan itu sama dengan bumi yg ada sekarang? Maka dalam kitab Ihya Ulumuddin juzuk yg ke 4, Imam Al-Ghazali menghuraikan tentang satu dataran bumi yang maha luas, saujana mata memandang. Keadaan buminya yg dapat dijadikan tempat berteduh di sebalik bayangnya atau lurah bergaung dan bergua yg boleh dijadikan tempat kediaman.

Pada dataran putih yg maha luas itulah manusia yg baru akan dibangkitkan dan semuanya akan dihalau ke sana seperti binatang ternakan yg dihalau keluar dari kandang.

Seluruh manusia dihimpunkan di bumi mahsyar yg rata itu, tiba-tiba menjadi gempar apabila Allah Yg Maha Berkuasa telah memadamkan pelita matahari, dan menjadikan dataran mahsyar itu gelap gelita. Ketika itulah manusia bersesak-sesak dan bertumpang tindih di dalam suasana hingar bingar dan gelap pekat. Tiba-tiba langit yg berada di atas kepala mereka retak dan kemudiannya menjadi pecah berderai. Kehancuran langit itu berjalan kira-kira lima ratus tahun mengikut kiraan akhirat. MasyaAllah. Sukar digambarkan nasib kita semua ketika itu. :(

Tak terbayang rasanya betapa dasyat kehidupan manusia di dataran mahsyar yg mendengar setiap masa bunyi langit yg pecah berderai. Jika ukuran bunyi suara langit yg pecah diandaikan seperti suatu logam yg nipis dan lembut tentulah bunyinya tidak sekuat mana.

Namun, jika sebaliknya logam yg nipis dan lembut itu diganti dengan langit yg keluasannya tidak dapat diukur dengan sebarang jenis ukuran manusia sama ada ukuran metrik atau lainnya, termasuk juga ketebalannya tentulah tidak ada walau satu pun telinga manusia yg sanggup menahan bunyi yg gegak gempita tersebut. :(

Dan kemudiannya, setelah langit hancur berderai, pecahan dan rekahan langit itu tiba-tiba menjadi cair seperti besi yg dibakar di dalam relau yg menjadi cair dek kepanasan yg terlalu dasyat. Jika kita melihat lahar gunung berapi mengalir di lereng gunung pada waktu malam dengan warna merah menyala,tentunya kita akan merasa gerun. Apatah lagi bila mana langit yg keluasannya hanya Allah saja yg mengetahui lalu menjadi cair seperti lahar, dan kemudian cecair yg merah menyala itu mengalir kedataran bumi yg dipenuhi manusia yg sedang dihimpunkan. Terlalu sulit bagi kita sebagai manusia untuk membayangkan betapa dasyat dan cemasnya situasi ketika itu. Jika kita berjalan di atas tar yg panas pada waktu tengah hari tanpa memakai alas kaki, tentunya habis tapak kaki kita melecur, tetapi cuba bayangkan jika kita berjalan di atas lahar pula adakah tahap melecur kita mampu diungkapkan dengan kata-kata? Ya Allah, terlalu peritnya keadaan di masyar ketika itu. :(

Ke manakah kita semua akan lari untuk menyelamatkan diri? Jika dahulu di dunia, kita masih boleh berlari ke sana sini tatkala malapetaka Allah singgah di tempat kaki kita berpijak. Tapi, di sana kelak masih adakah tempat untuk kita bersembunyi? Nasib kita tiada yg tahu melainkan DIA Yang Maha Berkuasa. Lalu untuk apa kita mendabik dada dengan apa yg kita ada hari ini? Sebanyak mana bekal yg di bawa, seperti itulah juga keadaan kita di masyar. Pada hari itu, insan yg paling kita sayang pun tidak dapat menyelamatkan kita. Masing-masing terlalu gusar dan bimbang dengan diri sendiri hingga tidak sempat menoleh ke kanan dan ke kiri melihat keadaan orang lain. Bagi yg meraung, akan terus meraung kerana tiada ihsan mahupun simpati dapat dihulurkan. Bagi yg menangis akan terus menangis kerana tiada tangan yg sudi mengesat air mata keperitan yg mengalir.

Apalah nasibku di sana kelak?? :(
Renungilah dan berfikirlah sejenak tentang nasib kita di sana.

p/s:~ 2012 tahun yg digembar-gemburkan akan berlakunya kiamat. tiada satu jasad yg tahu kebenarannya melainkan Allah Yg Esa



thanks for visiting my site

22/01/2012

Cinta,Kekayaan,Kecantikan,Kesedihan,Kegembiraan


ada kekuatan di balik erti sebuah cinta

Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah pelbagai macam benda-benda abstrak : ada CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya. Awalnya mereka berdampingan dengan baik dan saling melengkapi. Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi hingga hampir menenggelamkan pulau berkenaan. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri masing-masing.

CINTA sangat bingung kerana dia tidak dapat berenang dan tidak mempunya perahu. Dia hanya mampu berdiri di tepi pantai dan berusaha mencari pertolongan. Sementara itu, air semakin tinggi hingga membasahi kaki CINTA. Tidak lama kemudian, CINTA terlihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.

"KEKAYAAN!KEKAYAAN! Tolong aku!" teriak CINTA.

Lalu apa yang dijawab oleh KEKAYAAN,"Aduh, maaf CINTA! Perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tidak dapat membawamu, bimbang perahu ini akan tenggelam. Lagi pula, tidak ada tempat lagi untuk kau duduki dalam perahuku ini."

Lalu KEKAYAAN cepat-cepat mengayuh perahunya pergi meninggalkan CINTA. CINTA sedih sekali, namun kemudiannya dia melihat KEGEMBIRAAN lewat dengan perahunya.

"KEGEMBIRAAN! Tolong aku!" jerit CINTA.

Namun apa yang terjadi, KEGEMBIRAAN terlalu gembira kerana dia berjaya menemukan perahu sehingga tuli tidak mendengar jeritan CINTA. Air semakin tinggi hingga membasahi pinggang CINTA. CINTA mula panik. Tidak lama kemudian, KECANTIKAN pula melewati CINTA.

"KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!" teriak CINTA.

"Wah,CINTA! Kamu basah dan kotor. Aku tidak bisa membawamu. Nanti kamu akan mengotori seluruh perahuku yang indah ini." sahut KECANTIKAN.

CINTA teramat sedih mendengar jawapan tersebut dari KECANTIKAN. CINTA mulai menangis teresak-esak.

"Apa kesalahanku? Mengapa semua melupakan aku??". Saat itu, KESEDIHAN melintasi CINTA dengan perahunya. Lalu CINTA merintih.

"Oh, KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu. Kasihanilah aku di sini."

"Maaf, CINTA. Aku sedang berdukacita dan aku ingin bersendirian." kata KESEDIHAN sambil terus mengayuh perahunya meninggalkan CINTA.

CINTA putus asa. Dia merasakan air semakin meninggi dan bila-bila masa sahaja dia akan tenggelam. CINTA terus berharap andai dirinya dapat diselamatkan. Lalu dia berdoa kepada Tuhan.

"Oh,Tuhanku!Tolonglah aku. Apa jadinya DUNIA tanpa aku, tanpa CINTA?" berlinangan air mata CINTA sewaktu menuturkan bait-bait tersebut.

Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar satu suara. "CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!". CINTA menoleh ke arah suara berkenaan dan melihat seorang tua berjanggut putih sedang mengayuh perahunya. CINTA terburu-buru naik ke perahu tersebut tatkala air hampir-hampir menenggelamkannya. Kemudian, di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan CINTA dan segera pergi. Pada saat itu, barulah CINTA sedar bahawa dia tidak sama sekali mengetahui siapakah gerangan orang tua yang baik hati yang telah menyelamatkannya dirinya. CINTA segera bertanya kepada seorang penduduk tua di pulau berkenaan tentang gerangan orang yang telah menyelamatkan dirinya.

"Oh, orang tua tadi? Dia adalah WAKTU." jawab penduduk tua.  Lantas CINTA bertanya, " Tapi mengapa dia menyelamatkan aku? Aku tidak langsung mengenalinya bahkan teman-teman yang mengenaliku pun enggan membantuku". Sambil tersenyum, penduduk tua itu menjawab.

"Hanya WAKTU lah yang tahu betapa nilainya sebuah CINTA itu.."



p/s :~ "Cinta itu menebal dan menipis sama seperti IMAN. Peliharalah IMANMU,pasti CINTAMU kelak akan terjaga." :)
thanks for visiting my site

24/10/2011

La Tahzan Innallah Hamaa'na


aku pasrah dengan ujian dariMu,Ya Allah~


Masih tak bersyukur diri ini dengan segala kurniaan yang ada di depan mata..baru sedikit nikmat Allah dah tarik balik, diri ini mula mengeluh dan berkeluh-kesah..masyaAllah..apa yang hilang itu,mungkin bukanlah yang terbaik untuk diri ini..

Astagfirullah hala'zim, ku kira aku saja yang bernasib malang hingga aku terlupa bahawa ramai lagi diluar sana mengalami nasib yang sama bahkan ada juga yang mengalami kehilangan yang teramat dasyat dan lebih perit dariku..ya Allah, aku bukanlah sekuat hambaMu yang lain..namun aku sedar bahawa aku perlu redha dan pasrah andai ini yang telah Engkau tetapkan untukku..


terima kasih buat penulis blog ini


atas perkongsian ilmu yang terlalu bernilai dan berharga..



Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri di sini, merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan, namun masih tak sedarkah kita tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenar-benarnya? Dipetik dari ceramah oleh Dr. MAZA bertajuk 'Mencari Sakinah', semoga kita semua mendapat manfaat bersama. InsyaAllah...




Teks penuh video 'Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!'




Apabila kita asyik termenung
memikirkan nasib diri di sini...
merenung jauh mereka di sana
hidup penuh keseronokan dan kegembiraan...
namun, kita masih tak sedar tentang hakikat
erti kebahagiaan yang sebenarnya...


Ramai orang...
tersalah sangka tentang maksud
ketenangan dalam hidupnya
selalu orang mengaitkan ketenangan itu
dengan faktor harta...
dengan faktor kekayaan...
Walaupun itu boleh jadi penyumbang
tetapi itu bukan segala-galanya


Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar
tidur di atas katil yang empuk
tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak nyenyak
Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk
kadang-kadang dia lebih lena dari kita


Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat
lauk-pauk yang bagus
tetapi lidahnya tidak enak
lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan
satu dua mata lauk...
tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya
Kata Hamka: "lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat"


Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar
ada makanan yang sedap
tentulah hidupnya bahagia dan tenang
Belum tentu!


[Tiada siapa mampu menghalang ketetapan Allah]


Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah uruskan urusan kita
dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita
walaupun sekelip mata
dunia boleh berbuat apa-apa
tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah
Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas
kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah


Apa yang orang rasa rugi
Allah akan berikan keuntungan yang mana
jalan-jalan manusia tak sangka
tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan


[Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah...]


Tuan-tuan tengoklah dunia ni
kadang-kadang tuan-tuan
manusia dia hilang suatu benda ini daripada dunia
kadang-kadang macam dia hilang segala-galanya
saya nak sebut tuan-tuan
berapa banyak dalam hidup tuan-tuan telah melalui keperitan hidup?
Cuba ingat!
Ketika kita kena keperitan,
kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya
Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik


Ketika kita ditimpa musibah tertentu
Kita kata: "habislah aku kali ni"
tapi usia kita telah berjalan
Kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan Tuhan ini
Ketika kita kata: "Ya Allah... tolonglah aku,
Ya Allah... tolonglah aku, aku susah ya Allah"
hari ni kita pun telah lupa akan perkataan itu
dan kita lupa kadang-kadang untuk bersyukur
di atas pelbagai ranjang hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya


Orang-orang yang diberitahu kepada mereka
"Nun, orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan kepada kau"
"Nun, orang nak ambil tindakan kepada hang"
"Nun, orang nak ambil tindakan kepada kau"
"Nun, ada orang nak bertindak kepada kau"
Kata Allah: "iman dia tambah"
Bukan kita kata: "pasal apalah Allah benci aku? Apalah dosa aku?"
Tidak, tidak!
Kata Quran: "iman mereka bertambah"
Mereka kata: حسبنا الله ونعم الوكيل"
"Cukuplah bagi kami, Allah...
Dialah sebaik-sebaik tempat diserahkan urusan"
(آل عمران: 173)


[Pengalaman sering mematangkan kita]


Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya
Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakkal
dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakkal
Bila hati insan bulat kepada Ya Rabb
إني فَوَّضْتُ هذا الأمر إليك
Ya Allah... aku serahkan urusan ini kepadaMu ya Allah

[Kita sering lupa, kita masih punya kehidupan di akhirat]


Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat
dia akan merasakan dunia ini sangat kecil
kehidupan ini sangat luas
Nabi sebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim
Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini
Saya tak tahu manusia paling derita di dalam dunia ini
Allah ambil dia, Allah masukkan dia ke dalam syurga
Dia dimasukkan, dicelupkan masuk ke dalam syurga
kemudian dia dikeluarkan lalu ditanyanya:
"Wahai fulan, adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?"
Dia kata: "tak! Aku tak pernah derita pun dalam hidup ini"
Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam syurga, lupa cerita derita
Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini
Segala yang nikmat, Allah masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka
lalu dikeluarkan dia
"Pernahkah kau merasai nikmat dalam hidup ini?"
Dia kata: "tak! aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini"
Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka
Manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya


[Masihkah kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini?]


Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru
dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini suatu nikmat yang besar
Satu hamba Allah
yang patah kakinya
yang dia tidak pernah pun sebut
dulu barangkali tak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak
Tapi apabila satu hari dia sakit kaki
Dia kata: "Ya Allah... bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik"
Dia tahu besarnya nikmat kaki, nikmat tangan, nikmat sihat
Kata Hamka: "Yang ada ini sudah harapan kita"
Yang kita ada ini harapan kita
Tetapi insan...
bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada
tetapi jangan lupa yang telah ada


[Bersyukurlah wahai diri ini...]


Sebab itu sebahagian para sarjana menyebut
Syukur kadang kala makamnya lebih tinggi daripada sabar
Ramai orang terpaksa sabar
tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur
Bila dia susah nak kata apa?
"Sabar je la, nak buat apa?"
Tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta seperti tuan-tuan
syukur di atas nikmat
اللهم ما أصبح بي من نعمة أو بأحد من خلق
فمنك وحدك لا شريك لك فلك الحمد ولك الشكر
"Ya Allah... apa saja yang aku alami
daripada nikmatMu, daripada kurniaan daripada sesiapa di kalangan hambaMu
tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan
bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran.
Subhanallah...!


Insan, jika dia nak bersyukur kepada Allah, tak terdaya
وإن تعدوا نعمة الله لا تحصوها : إبراهيم: 34
Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, kamu tak mampu
Tuan-tuan... bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan
kita akan rasa ma syaa Allah hidup ini
apa yang Allah kurniakan kepada kita
lebih dari harapan kita sebenarnya
Kalau tuan-tuan ingat daripada hari tuan-tuan dilahirkan
tempat tuan-tuan dilahirkan
rumah tuan-tuan dilahirkan
sehingga tempat tuan-tuan ada pada hari ini
Ma syaa Allah...!
Tak dapat nak diucapkan berapa kali nak sebut pun tak mampu


[Firman Allah yang bermaksud:]


"Ketika orang-orang yang kafir itu mengeluarkan dia
ketika dia salah seorang dari dua, dia dan Abu Bakar
yakni Nabi dan Abu Bakar
Ketika mereka berada di dalam gua (sewaktu peristiwa hijrah)
Ketika dia berkata kepada sahabatnya
لا تحزن إن الله معنا
"Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita"
(التوبة: 40)




[Petikan dari ceramah: Mencari Sakinah, Dr. MAZA, 1 Nov 2009]



~aku terlupa bersyukur padaMu,Ya Allah~ :(
thanks for visiting my site

23/10/2011

Kau Ku Pilih Sebagai Sahabat


sahabat yang baik umpama mentari yang menyinari


Selemah-lemah manusia ialah 
orang yang TIDAK BOLEH mencari sahabat
dan
orang yang lebih LEMAH daripada itu ialah
ORANG YANG MENSIA-SIAKAN SAHABAT
yang telah dicari...

(Saidina Ali r.a)



thanks for visiting my site

26/04/2011

Diari Sang Ayah




engkaulah permata ayah ibu


26 Januari 1992.
Hari ini, menjadi titik indah buatku. Hadirnya cahaya mata ini mengutuhkan lagi hubungan kami sebagai sepasang suami isteri. Telah lama ku tunggu saat ini menjadi kenyataan, terima kasih tuhan, aku teramat mensyukuri nikmatmu. akan ku sujud syukur sebagai tanda syukur padaMu, yang telah mengabuli doa kami. terima kasih Tuhan, akan ku jaga sang anak ini, dengan sepenuh kasih cinta. Akan ku lengkapkannya dengan agamaMu, agar cintanya hanya kepada agama, agar menjadi muslimah sejati.
26 Januari 1995.
Happy birthday sayang! semoga kamu membesar dengan penuh rasa cinta, ibumu senantiasa tersenyum melihat telatahmu yang baru belajar berdiri. Ternyata kamu sangat pintar dan cepat belajar, alhamdulillah... Semoga kamu menjadi pesona ibu dan ayah.
Januari 1998.
Hari ini merupakan hari pertama kamu melangkahkan kaki ke alam persekolahan. Ayah menghantarmu sehingga ke kelas. Kamu menangis di kelas, meminta ayah tunggu. Sayang, janganlah bimbang, di sini  kamu akan memperoleh ramai rakan dan menimba ilmu dari guru. Ayah yakin kamu akan gembira di sini.
Januari 1999.
Pertama kali melangkahkan kaki ke sekolah rendah, ayah sudah merapikan bajumu, tudung dan perkakasan sekolah, sedang ibumu sedari pagi sibuk menyiapkan sarapan dan juga bekalan. Sebentar lagi ayah akan mengejutkan kamu dari tidur biarlah ayah menatap wajah cahaya mata kesayangan ayah ini dahulu, untuk beberapa saat. Sangat comel anak ayah semasa tidur.
November 2003.
Hari ini, kamu pulang dengan senyuman, di tangan kananmu tergenggam erat sekeping slip, dengan mata yang berkaca, kamu berlari lari lalu memeluk erat ibu,dan mencium tangan ayah. Perasaan sebak timbul di hati.sambil mengucapkan ''terima kasih ayah, ibu adik berjanji akan belajar dengan bersungguh sungguh lagi,". Tahniah anakku, tidak sia-sia usaha kamu selama ini. Slip peperiksaan yang tertera huruf A berdarab lima menjadi bukti kesungguhanmu menimba ilmu, teruskan usahamu wahai anak.
Januari 2004.
Alam persekolahan sememangnya indah dan mencabar, sekolah menengah adalah perjalanan seterusnya untukmu berjaya. Teruskanlah perjuanganmu. Ayah bangga mempunyai anak sepertimu, menjagamu, melihatmu tersenyum riang, melihatmu dewasa, menjadi sesuatu yang takkan pernah ayah menyesal..:)
27 Januari 2007.
Hari ini, hati ayah sedikit runsing. Ayah terjumpa surat-surat cinta dari dalam beg sekolahmu, dan sms di telefon bimbitmu memberitahu ayah, bahawa anak ayah sudah pandai bermain cinta. Sememangnya cinta adalah pemberian Tuhan. Tetapi ketahuillah anak, usiamu belum mengizinkanmu untuk ini. Ayah meletakkannya kembali, demi tuhan, ayah sangat risau. Ayah akan cuba sebaik mungkin untuk meluahkan kepadamu, sedewasa mungkin. Ayah tahu kamu kini seorang remaja, ingin dilayan seperti seorang dewasa, ayah faham.
11 p.m.
Ayah terkejut dengan perlakuanmu. Ayah cuba untuk menerangkan kepadamu hal yang sebenar, bukan perasaanmu itu dilarang, namun waktu saja belum tepat untuk merasakan semua, tetapi kamu meninggikan suara, bila ayah menasihatimu, kamu menengking ibumu. Ibumu sedari tadi menangis, lalu tertidur dalam tangisannya. Anakku, ayah sedikit kecewa dengan sikapmu, ketahuilah, kami yang menjaga makan minummu sedari kecil, kamilah yang menyayangimu sepenuh hati, bukan dia.
28 Januari 2009.
Sekali lagi air mata ibumu tumpah dengan sikapmu. Pagi tadi ibu membersihkan bilikmu, agar nampak kemas, sedang ibumu menyapu, ibu terjumpa sebuah beg berwarna ungu. Ibu membuka zip beg tersebut kerana merasa curiga., lantas terkejutnya ibumu, pakaian-pakaian di dalam beg tersebut bukanlah hasil pembelian ibu mahupun ayah. Skirt pendek dengan warna yang pelbagai, baju tanpa lengan, seluar jeans ketat, dan alat kontrasepsi! UNTUK APAKAH ITU WAHAI ANAK! dan tanpa rasa bersalah pula kau mengakui pakaian itu hak mutlak kamu. Bukankah ayah memberikanmu didikan agama yang sempurna?
Lalu siapakah yang mengaji di hadapan ayah dari muqaddam sehingga khatam al quran? Siapakah yang menjadi ma\mum ayah selepas ibu? Siapa pula yang ayah hantar ke sekolah agama setiap petang? Siapa duhai anak? Siapa? Ibumu pengsan selepas solat maghrib tadi. Sedang engkau hilang entah ke mana, curi keluar, tanpa kami sedari.
26 Februari 2010.
Ibarat dipanah petir hati ayah dan ibu apabila mendengar pengakuanmu, "ayah,ibu...adik hamil" ya Allah, apalah dosa-dosaku ya Allah?!. Beratnya beban yang kau beri. Gelap pandangan ayah mendengarkan itu, ibumu? menangis, meraung, memikirkan cahaya matanya yang sudah jauh dari agama. Kurangkah didikan kami?. Kurangkah belaian kasih sayang kami?. Setelah kami tatang kau ibarat minyak yang penuh, lalu apakah jenis timbalan yang kau beri duhai anak?. Di manakah janjimu dahulu wahai sayang?. Janjimu yang akan belajar bersungguh-sungguh?. Sedang rakan-rakanmu pulang dengan membawa senyuman sambil menggenggam slip peperiksaan dan kau pulang membawa keputusan hamil dari hospital?. Adakah ini cara kau membalas jasa ayah dan ibumu?. Apakah ini wahai anakku. Kau melukakan hati ibu, mengguris hati ayah!. Terbayang di fikiran saat kau dijamah buaya laknat tersebut, cukup membuat hati ayah remuk, hancur, berkecai!.
Apakah kau terlupakan agamamu?. Andai kau tidak cintakan ayah dan ibumu lagi, cintailah agamu duhai anak. Kamu punya tuhan. Tuhan yang maha melihat setiap gerak gerimu! terlupakah kau pada zat yang satu itu? lalu apakah yang akan ayah dan ibu jawab, saat diasak pertanyaan dari sang Tuhan, tentang kegagalan kami mendidikmu?. Tentang kealpaan kami dalam mendidikmu?.
Tahukah kamu wahai anak, perbuatanmu bakal menghantar ibu serta ayahmu ke neraka?. Kau campakkan kami ke dalam lubang yang tersedia panasnya sejak penciptaan bumi, dengan menggunakan tangan-tanganmu sendiri!. Kau relakan jasad ibu dan ayah kau dibantai oleh Malik, si penjaga neraka. Kau biarkan kami meraung-raung dijilat api, dan kau hanya melihat kami disengat binatang-binatang bisa!. Sampainya hatimu. kenapa tidak, engkau ambil sahaja pisau, tusuk ayahmu ini, tuangkanlah racun, beri sahaja ibumu minum! lebih rela kami dibunuh, dari menelan pahitnya kenyataan.
Dan hari-hari yang kami lalui selepas itu, tidak seindah saat mengazankanmu di telinga kanan,dan iqamah di telinga kiri..
Anak menangis, meraung-raung menyesali diri yang kotor dan hina, menyesali diri yang tidak pernah mengenal erti syukur, dikurnai ayah yang sempurna. Namun, tangisan tiada lagi berguna, kerana sang ayah bakal tidur lena. Anak hanya mampu menatap wajah ayahnya yang pucat, untuk kali terakhir, sebelum kembali dikambus tanah...
Peringatan buat aku dan semua, sayangilah ibu dan ayah dan jangan pilih jalan hitam!.
"(Malaikat-malaikat) yang memikul 'arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan):
"Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang bernyala-nyala, ya Tuhan kami, dan masukkanlah mereka kedalam surga 'Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang saleh di antara bapak -bapak mereka, dan istri-istri mereka, dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkaulah Yang maha Perkasa lagi Maha Bijaksana, dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan. Dan orang-orang yang Engkau pelihara dari (pembalasan?) kejahatan pada hari itu maka sesungguhnya telah Engkau anugerahkan rahmat kepadanya dan itulah kemenangan yang besar." (QS.Ghaafir: 7-9).
Wallahualam...
Syakirin Daud

thanks for visiting my site