bukan mudah menyakinkan hati dan menetapkan keputusan di saat kita di persimpangan.kita mungkin terasa diri kita telah berusaha sedaya upaya menangkis segala godaan dan halangan yang datang secara mengejut tanpa sebarang amaran namun,setara mana persiapan untuk diri menjadi pasrah dengan apa yang telah diputuskan tanpa menjenguk walau sekilas ke belakang.bila mana keputusan telah dibuat,tiada lagi jalan untuk kita berpaling ke belakang.berundur sama ertinya kita sengaja membiarkan diri menjadi lemah dan tidak kuat untuk menanggung sebarang risiko.ketakutan berdepan hari esok dan hari-hari seterusnya membakar satu persatu kekuatan diri secara senyap ibarat api yang sedang marak membakar di dalam ribuan sekam yang terkumpul.lemahkah aku dalam menerima ujian sebesar ini?atau hanya aku yang berseorangan mempertahankannya?aku bukanlah sekuat atau segagah yang disangka.kadang kala aku tewas juga.aku sendiri tidak mampu untuk berdiri di saat kekuatan dan kudrat yang tersisa hilang entah ke mana.perlukah aku terus meratap mengenangkan nasib atau menyalahkan takdir atas segala yang telah tertulis?hinanya diri andai takdir dipermainkan dan ketentuaan dariNya dipersoalkan.Dia Maha Tahu.
walau sekuat mana kita berusaha,andai Dia telah menetapkan bahawa di sini sahaja jalannya,tiada apa yang mampu merubahnya.begitu juga sebaliknya.aku menerima ini sebagai satu ujian walaupun aku tidak pernah menduganya.memang benar,apa-apa yang kita harapkan tak semua yang akan kita dapat.jalan untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik itu terlalu berliku dan beronak hingga kita merasa tak mampu untuk teruskan perjalanan mencarinya kerana kita telah serik untuk dilukai lagi.menerima segala keputusan atas pilihan sendiri memerlukan persiapan yang secukupnya andai apa-apa yang berlaku kelak jauh tersasar dari apa yang kita harapkan.bila mana kita merasa tak kuat untuk bangkit menepisnya sedarlah bahawa Allah sentiasa ada bersama.berdoa dan terus berdoa kerana tiada yang lebih hebat melainkan kuasa dariNya.memang benar,kita sekadar merancang tapi Allah menentukan.tapi andai tiada usaha yang mengiringi dan kita sekadar berserah,kita akan kecewa.Allah tak melihat sejauh mana kita pasrah dan meratap nasib semata-mata tapi Dia turut melihat sejauh mana kita berusaha untuk merubah yang buruk menjadi yang terbaik.tiada manusia yang boleh menilik masa depan.andai benar sudah pasti tarikh kematian turut diketahui dan hanya yang kelihatan cuma mereka-mereka yang menghitung detik-detik terakhir di atas tikar sejadah.
kalau suatu saat aku tak mampu untuk teruskan perjalanan ini dan mempertahankan apa yang aku miliki detik ini,maafkan aku.