Esok 17 Ogos 2011 bersamaan hari Rabu merupakan besday Sangkunang..bertuah tuan punya badan memandangkan besday beliau jatuh pada 17 Ramadhan iaitu bersamaan dengan hari Al-Quran diturunkan (hari Nuzul Al- Quran)..subhanallah....jarang-jarang orang dapat peluang sedemikian..ishaz zafsh sendiri pwn xpenah lagi dapat 'hadiah' yg sgt100 'istimewa' ni sepanjang 20 tahun menghitung usia..buat Sangkunang,semoga besday tahun ni membawa seribu satu makna dalam diri terutama dalam meningkatkan segala amalan kepadaNya...masuk ni dah 2 tahun berturut-turut besday anda dalam bulan yang penuh berkat ( "ramadhan") kan??sweetnya sambut besday dalam bulan ramadhan..dapat peluang bersama denganNya lebih dekat kan??alhamdulillah....di pihak ishaz zafsh,hanya doa yg diutuskan sbgai 'hadiah' 'sementara' buat Sangkunang.. semoga Sangkunang sentiasa dalam lindungan Allah, panjang umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan hidup di dunia dan akhirat...paling penting,menjadi hambaNya yang tebaik dan menjadi anak yang soleh buat kedua orang tua...semoga segala cita-cita yang diimpikan,termakbul...amin...
p/s:~opss!lupa lak..jd ckgu yg baik jgk..xmo rotan2 student taw!! V(^^)*
p/s:~opss!lupa lak..jd ckgu yg baik jgk..xmo rotan2 student taw!! V(^^)*
![]() |
| Selamat hari lahir Sangkunang..opss!adiah later2 la ekk..xsmpat nk bli adiah ag.. hihi :) |
Memandangkan esok juga merupakan Hari Nuzul Al- Quran...ishaz zafsh ingin berkongsi serba sedikit tentang sejarah Nuzul Al-Quran..mungkin ramai yang terlepas pandang,17 Ramadhan juga sebenarnya terjadi satu lagi peristiwa besar dalam takwim Islam iaitu Perang Badar Al-Kubra..justeru,marilah sama-sama kita menghayati maksud tersurat dan tersirat yang terkandung dalam kedua-dua peristiwa yang ‘sangat istimewa’ ini…
i) 17 Ramadhan 2 hijrah (Perang Badar Al Kubra)
Rasulullah SAW berangkat dari Madinah pada 8 Ramadhan. Ibnu Hisyam menyatakan bahawa perang ini merupakan kemenangan pertama yang menentukan kedudukan umat Islam dalam menghadapi kekuatan kemusyrikan dan kebatilan. Allah SWT telah mengutuskan segerombolan malaikat untuk membantu pasukan muslimin menghancurkan pasukan musyrik. Perang ini berlaku pada pagi Jumaat, 17 Ramadhan 2 Hijrah di Badar. Kemenangan lebih kurang 300 orang tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah ini yang telah mengalahkan lebih kurang 1000 orang tentera musyrikin Mekah.
ii) 17 Ramadhan Tahun 41-keputeraan Nabi Muhammad SAW(Nuzul Al-Quran)
Sejarah al-Quran: Antara peristiwa agung dalam sejarah umat Islam adalah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Dituliskan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang berbunyi:
“Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW. Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi SAW. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.
Erti Nuzul al-Quran: ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah. ‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.
Nama-Nama Lain: Selain disebut al-Quran, ia juga disebut al-Kitab, al-Furqan, An-Nur, al-Zikr dan lain-lain.
Proses Penurunan al-Quran: Al-Quran diturunkan beransur-ansur selama 23 tahun.13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah.
Kehebatan al-Quran:
1. Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Isra’, ayat 88)
2. Orang yang membaca, menghafaz dan melihat sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.
3. Al-Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat.
4. Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta ayat yang menyerupai al-Quran. Firman Allah yang bermaksud: “ dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya, ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yang benar.” (al-Baqarah, ayat 23).
5. Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi saw.
6. Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia al-Quran secara menyeluruh sehingga hari ini. Ini bererti sifat kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan al-Quran secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan mendalam kekal terpelihara hingga kiamat.
7. Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang bermaksud: “Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (al-Baqarah, ayat 2).
8. Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dengan maksud: ‘Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.”
Tuntutan al-Quran: Sesungguhnya al-Quran mempunyai tiga hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya.
· Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya.
· Hak untuk bertakbir atau memahami makna dan menjiwai kehidupan.
· Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya.
SUMBER :-himpunan artikel islami.blogspot
p/s:- Al-Quran bukan hanya dijadikan perhiasan atau perisai menghalau jin,hantu mahupun syaitan semata-mata, tetapi ia adalah 'teman yang paling akrab' dalam jiwa yang sentiasa mengingati Allah…Salam Nuzul Al-Quran 1432 Hijrah
thanks for visiting my site
Salam Nuzul Al Quran | Selamat Hari Lahir












