Showing posts with label *cerita hati*. Show all posts
Showing posts with label *cerita hati*. Show all posts

22/09/2012

Sudah terlambat


regret * T_T


Pelbagai manusia mempunyai pelbagai persepsi tentang sesuatu perkara. Ada yg terlalu kritikal berfikir dan ada yg berfikir tapi malas nak kritikal. Ada kawan yg bertanya, "Awak tak stress k dengan kerja yg datang sekaligus dan nak d'siapkan dalam masa yg singkat"? Of kos aku takkan jawab "tak stress langsung" sambil garu-garu kepala yg tak gatal. Dia cakap lagi. Bla...bla..bla..bla... Fine lah malam ni giliran dia jer yg bercakap. Keja aku mmg untuk diam pun kan. "Kenapa muka awak tak nampak stress pun"? Dua kali soalan yg lebih kurang sama konsep diajukan. Perlu k aku cakap kat satu Malaysia yg 'pelajar bernama  'Nur Shuhada binti Abdul Manap yg memegang kad pengenalan bernombor 91022402**** sedang mengalami stress yg melampau'. Perlu k? perlu? Aishh. kalau ikutkan hati nak jer aku pakai tag yg gantung kat leher tu. "TOLONG JAUHI MAMALIA INI, DIA SEDANG STRESS SEKARANG".

Kalau nak diceritakan betapa stressnya hidup aku rasa aku dah karang buku dah sekarang ni. Nak tunjuk kita stress memang boleh. Buat muka serabut serabai. Pastu tanya orang lain sana sini hang stress k dak wey? Aku rasa dengan keadaan kita yg serabai tu even orang lain yg tak stress pun tumpang stress. Sebab tu aku malas nk tunjuk aku stress buat keja dan memikirkan benda-benda yg bakal aku tempuhi selagi aku belum offically graduate. Tipu lah kalau aku cakap aku tak pernah merungut tak larat. Tapi takkan nak keep repeating the same word 7,8 kali. Orang lain bosan tau tak. At least orang lain mampu dengar untuk kali pertama dan kedua. Lepas tu, lantak pi la kat hang, macam hang sorang yg stress.

Kadang-kadang tak tidur malam pikir pasal esaimen, micro teaching, paling hebat sem depan dah start praktikum. Aku belum bersedia nak praktikum. Jujur! Sumpah tak tipu. Dengar cerita dari akak senior pasal lecturer yg macam-macam pe'el tu, lagi tambah takut. Rasa macam nak berhenti pun ada. Budak2 TESL ni, lecturer suka sgt expect yg over2. Pastu bila tak dapat nak achieve level yg diorang letak tu mula la nak mengamuk-ngamuk. Nak marah-marah student. Nak buang student la. :(

Paling latest contoh Cambridge Test baru-baru ni. Aku tak tau apa yg diorang tu dok mengarut pasai test ni. Expect kami dapat buat dengan hebat dan megahnya la kan. Jangan mimpi. Dengan connection internet yg super duper lembab tu, memang tak boleh buat apa satu. Memang tak logik seratus lebih student nk online dalam masa yg sama. Konfem2 la connection tu jadi slow. Tu belum tengok soalan lagi. Aku yg menunggu 2 jam sebelum dapat buat test rasa kecut perut melihat pada muka sorang-sorang yg sugul keluar dari bilik test. Jawapan yg simple dari diorang, 'test yg tersangat susah'. Sampai ada yg tak sempat nak habiskan pun ada. Mana sempat dengan soalan yg berlambak then expect suruh habiskan dalam masa 30 minit. Tak tau la nak cakap apa. Tu belum cerita soalan listening lagi. Apa mat salleh tu duk mencarut pun aku tak tau. Dah la accent dia amboi nyah kalah native speaker, pastu cakap merapu lagi banyak dari isi. Bagi peluang dengar 2 kali jer pun. Aku berani cakap ramai yg kena datang untuk remedial class nanti. Aku salah sorang. :(

Lecturer oh lecturer. Kami ni local student bukan obesi mari! Plis la jgn expect kami ni macam budak-budak yg pergi obesi tu. Education sana jauh sangat beza dari education sini. Tengok silibus TESL sini dengan TESL kat sana la. Sini satu sem 4 subjek major. Sana satu sem 1 subjek major. Mau kata apa lagi bai?? Aku kadang-kadang fed up dengan semua benda ni. Nak kejar yg tu, nak kejar yg ni. Sampai satu tahap rasa nak bakar semua buku-buku BI. Koyak semua esaimen major. Penat macam ni bila belajar dalam tekanan. Tekanan dari lecturer tu yg paling tak tahan. Aku sanggup tahan lagi kalau tak tidur malam semata-mata nak buat esaimen. Tapi bila lecturer sendiri sesama diorang pun tak setuju angin, so macam mana? Then nak lepas marah pada kami. Bertahanlah Nur Shuhada. Lagi 2 tahun lagi. :(

Kenapa aku rasa makin lama aku belajar aku makin rasa 'zero'. Kawan-kawan pun ada cakap benda yg sama. Kami seolah-olah tak dak perasaan nak belajar. Sebab tu boleh tengok kehadiran k kuliah sgt buruk lately. Yg tak boleh blahnya, borang hijau dah dilelong sana sini. Itu belum termasuk borang salah laku. Alhamdulillah, setakat ni aku belum lagi mengumpul borang salah laku yg sangat digeruni tu. Bangun pagi dengan rasa seribu keterpaksaan bersiap-siap k kuliah. Balik buat esaimen, buat tutorial then bangun esoknya ulang benda yg sama. Belajar 5 tahun setengah sebagai ckgu BI sangat HELL. Teringat kata sorang kawan baru-baru ni, "Kalau tahu macam ni gayanya, lagi baik ambik medic sama jugak belajar 5 tahun setengah. Kena praktkal dgn mayat lagi baik at least mayat tu ikut jer apa yg kta nk buat pada dia. Tak banyak songeh" Entah la, kalau nak cakap menyesal. Memang dari second sem foundation aku dah rasa menyesal. Sebab aku tak minat langsung jadi ckgu ni. Tapi sbb pikir mak ngn abah aku nak sangat anak perempuan tunggal dia jadi cikgu. Banyak masa dengan keluarga katanya. So, aku nak kata apa lagi?

Pernah sekali dulu aku cakap penat dah nak belajar. Aku sendiri sanggup k putrajaya dengan kawan semata-mata mintak nak tukar kos. Tapi tak pernah dapat n takkan dapat. Belajar benda yg tak minat sangat terseksa. Tapi balik2 aku jugak kena marah. Diorang cakap kalau nak harap kerja lain mmg payah nak dapat. Nak2 kena menganggur 2,3 tahun dulu. Tu pun tak konfem lagi dapat or tak kerja lepas tu. Berat hati aku nak tinggalkan matriks dulu. Bia la even orang cakap payah nk survive kalau kat matriks. Tapi at least benda tu benda yg kita suka dan minat. Takkan jadi masalah. Dah separuh jalan aku dah lalui. Walau macam mana berat pun aku terpaksa jugak habiskan. :(

Beratnya rasa jalan yg aku lalui. Masa depan di hadapan bergolak antara rasa tanggungjawab dan keterpaksaan. Aduhai, bukan niat di hati nak mengeluh dengan apa yg Allah dah tetapkan. Tapi aku cuma meluahkan apa yg terbuku selama hampir 3 tahun setengah aku simpan. Aku tak mintak aku dapat balik apa yg aku nak dalam hidup selama ni, tapi  aku berharap cuma satu. Satu saja. Walau sesulit manapun perjalanan di masa depan, permudahkanlah segalanya untukku. Supaya aku tahu aku masih ada Engkau Ya Allah untuk terus berharap dan bergantung. :(

Kadang-kadang kita terpaksa lakukan perkara yg kita benci, kerana kebencian itu adalah kebahagiaan dan kegembiraan orang lain. Meski kita menagis kerana lelah namun kita tak mungkin ingin melihat tangisan itu daripada mereka yg terlalu kita kasihi.


p/s:~ when I tried to recall back, I’ve made a lot of mistakes, took too many wrong paths, I regretted but I can never go back :(


thanks for visiting my site

20/09/2012

InsyaAllah


 :)






p/s:~ masih bertatih untuk menjadi yang terbaik..insyaAllah akan berusaha dan mencuba sebaik mungkin.. Ya Allah, bantulah aku untuk berubah.. :')

thanks for visiting my site

07/09/2012

Ujian Hidup




 
 
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah ayat 286)



Berat sungguh ujianMu kali ini. 
Tak tertanggung rasa untuk aku pikul semua ujian yang datang. 
Ingin diluahkan,tapi mulut tak terkata.
Ingin disimpan hati pula tak sanggup menanggung.

Allahurabbi..allahurabbi..allahurabbi

:'(



"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." 
(Surah Ali Imran ayat 139)





p/s:~walau ujian hidup melanda, ku tabah menerima :(

thanks for visiting my site

25/07/2012

Ramadhanku


 :(

alhamdulillah, aku masih hidup, ya Allah. walaupun terlalu banyak dugaan yang perlu aku lalui pada ramadhan kali ni tapi aku masih mampu bertahan. bertahan untuk satu jangka masa yang aku sendiri belum pasti.

penat sgt ya Allah. kadang-kadang tak terucap dengan kata-kata. hanya mampu mengalirkan airmata sebagai tanda aku dah tak mampu nak pikul segala bebanan yang datang. hati bagai ingin meluahkan tapi seakan tiada siapa yang memahami dan mahu mendengar. hati merintih saban malam.

bebanan kerja yang makin bertambah bukan satu alasan untuk aku meletakkan jarak yang jauh antara aku dengan mereka-mereka yang aku sayang. aku cuba memberi komitmen sepenuhnya walaupun aku merasa aku terlalu banyak berkorban masa dan kepentingan diri. untuk diri sendiri sudah tidak ada istilah 'bersenang lenang'. tidur hanya 2 jam satu hari sangat memenatkan di tambah dengan kelas yang sangat padat,terlalu menguji kesabaran. belum lagi nak menjaga hati dan perasaan kawan-kawan, mereka-mereka yang aku sayang, bebanan esaimen, tutorial, dan pelbagai kerja yang kadang-kadang bukan kerja sendiri juga harus dibereskan. Bila mana semua orang sedap tidur diulit mimpi, aku masih bersengkang mata. alasan untuk tidur awal hanyalah alasan supaya mereka-mereka yang aku sayang tak perlu risau bilamana aku masih terkontang-kanting sorang diri menyiapkan segala kerja. 

ramadhan kali ini ku rasakan begitu luar biasa. tidur hanya setengah jam sementara menunggu sahur perlu aku biasakan. walaupun tubuh tak mampu menerima perubahan drastik sebegini, namun aku sudah tidak ada cara lain. minggu lepas, aku kasihan melihat mama. dia begitu risaukan aku. katanya aku nampak kurang sihat. mata bengkak. aku tersenyum. kataku, ni simptom tidur banyak, alasan yang sekadar untuk menghalau segala kerisauan yang singgah di hatinya. hakikatnya aku tak cukup tidur. aku tertekan. aku akui aku merasa kurang sihat, mual dan pening-pening mungkin sebab jam biologi berubah. tubuh belum biasa dengan perubahan. kadangkala terasa seperti darah menyerbu naik ke kepala secara tiba-tiba, hingga aku bertanya pada diri sendiri suatu hari,"adakah aku semakin menghampiri ajal??" nak tidur siang pun sekadar curi-curi masa dan hanya untuk melepaskan lelah sebelum menyambung 'pekerjaan' aku kelak.

aku korbankan kepentingan diri untuk orang lain bukan untuk mereka merasa terharu, tapi sebagai tanda keikhlasan aku melakukanya tanpa sebarang paksaan.

Ya Allah, mungkin mereka tak tahu dan tak pernah tahu tentang apa yang aku alami. aku tak pernah mintak mereka untuk tunjukkan rasa simpati mereka, tapi aku hanya mohon mereka jangan melukakan hati dan perasaan aku yang begitu sensitif akhir-akhir ini. aku tak mampu nak jaga hati aku lagi kerana banyak perkara lain yang lebih memerlukan aku. Ya Allah, pada engkau ku adukan segala keluh kesah yang tersimpan walaupuan ku tahu tiada siapa yang peduli dan mahu mendengar rintihan aku kecuali engkau.

Pretending to be happy when you're in pain is just an example of how strong you are as a person

i'm tired of acting

p/s :~ T______________________T
thanks for visiting my site

12/06/2012

Bila Lelaki Yang Tak Baik Untuk Perempuan Yang Baik


Entri yang agak panjang*sekadar berkongsi sebuah kisah benar*


 


Lelaki mungkin fitrah mereka sukakan benda yang cantik dan indah dipandang. Andai mungkin tiada wanita yang 'cantik' di mata mereka,barangkali menderita la si wanita yang kurang cantik di ceruk-ceruk dapur menerima cacian dan makian orang kampung sebab tak kahwin-kahwin bila umur dah lebih 30 an.

Intro tak ada kaitan dengan topik!

Aku tak nak cakap benda ni actually.Tapi makin lama aku tak tahan tengok gelagat si lelaki yang tak tahu dek untung dan tak sedar diri. Aku ingat nak jer pegi k mydin belikan cermin besar bapak, suruh dia suluh muka dia either cukup kacak or tak. Kalau cermin sebesar bapak tu tak mampu nak sedarkan  yang dia tu tak la kacak mana pun atau bahasa pasarnya tak hensem tapi bajet hensem, aku boleh bawak dia pegi jumpa anak sedara sepupu aku untuk sahkan dia tu hensem or tak. Tahu sebab apa? Sebab,budak-budak kecik tak pandai nak menipu. Apa keluar dari mulut mereka tu la HAKIKAT. Hakikat yang mungkin aku selalu dengar dari mulut dia," ala,konon nak kata dia macho sangat la tu padahal muka cam taik lembu." Ok,fine. Better aku lupakan cadangan kedua aku tu, sebab tak nak si lelaki ni sentap sampai kena heart attack.

Aku still ingat lagi, time aku foundation 2009. Si lelaki ni hanya berbekalkan beberapa butir air liur dengan muka yang bajet-bajet hensem dan belagak macam famous amous, dia test market kat sorang budak batch aku. Yup, kami naif sangat time tu. Bodoh dan terlalu lurus hinggakan bendul marah sebab kami lagi lurus dari dia. Minggu 'mengawan' bermula. Fine, minggu mengawan tu tak perlu aku elaborate macam mana. Kalau nak tahu tunggu time kucing nak mengawan. Sila ikot ke mana kucing jantan pergi. Back to dis guy. Dulu aku tak ada lah tak suka sangat sebab aku just kenal dia for the sake of dia antara fesi yang selalu tunjuk muka kat group LDK aku. Yes, sebab most of the girl dalam group aku comel-comel belaka kecuali *nur shuhada. Lantak la time tu aku tak ambik port sangat sbb dah rasa macam hell for 1 week. Aku just pikir diri aku yang kerdil ni. Tak dapat nak imagine life aku for five and half years.




Finally, minggu mengawan dan 'suffer' telah tamat dengan jayanya. Dan kejayaan terbesar dalam minggu tersebut, guy ni mengikat ikatan dengan budak batch aku yg aku story dari awal tadi. Tak tahu sajak A. Samad Said or Usman Awang yang dia guna sampaikan dia telah berjaya menawan hati si perempuan tadi.
 
Aku tak kenal sangat perempuan tu actually even satu batch pun sebab dia kos lain sampailah satu hari kawan aku pun tunjuk si perempuan ni kat aku time kami selisih sebelah dia. First impression aku, perempuan ni baik. Sopan and ayu. Manis bila senyum. Maybe sebab tu la dis guy sungguh-sungguh mengayat dia. Barangkali sebab malas nak dengar sajak-sajak yang 270 kali diulang-ulang sejak dari zaman sekolah, sebab tu la si perempuan ni terima. Tahniah anda! Time tu satu jer dalam hati aku. Aku harap dis guy tak memainkan perempuan ni. Aku suka perempuan ni. Eh, aku bukan songsang tau! Tapi sebab perwatakan dia sangat menyejukkan mata sesiapa pun yang memandang.

Penyakit dalam hati aku masih macam dulu. Kot mana pun aku tetap tak suka lelaki tu. Ya, aku admit yang dia tak pernah buat jahat walau sekelumit dengan aku. Rasa bodoh sebab tak suka orang lain tanpa reason. Lantaklah kan, aku nak suka or tak pun bukannya aku tunjuk. Aku lagi prefer simpan dalam hati. Aku still rasa lelaki ni hmmm. One day, aku dengar cerita yang si lelaki dah pergi jumpa family si perempuan tadi. Time tu aku rasa, aku manusia paling jahat atas Malaya sebab semua bad things about dis guy totally wrong. Fine, aku silap time tu! Silap besar sebab judge orang ikot mata bukan mata hati. Dia dah berjaya membuktikan bukan sahaja pada aku tapi pada dunia barangkali yang dia lelaki yang sangat bertanggungjawab dan 'gentleman' sebab pegi jumpa mak ayah perempuan mintak restu. Pada satu sudut yang lain, penyakit aku masih ada. Aku tak suka jugak lelaki ni even image jahat dia dah makin menggabur dari pandangan aku. Cerita mereka yang manis tu meniti dari bibir ke bibir. Aku jeles time tu! Sumpah!! Aku selalu nampak foto-foto si lelaki di facebook bersama keluarga perempuan. Aku dah terbayang yang diorang akan tunang tak pun kahwin dalam masa yang singkat.



Tapi, itu cerita 2,3 purnama dan tahun yang lalu. Aku tahu status diorang. Diorang masih bersama. Tu pun melalui roomate aku. Dia baik dengan si perempuan ni. Mungkin kawan kepada kawan diorang barangkali. Back to dis guy. Last year image jahat lelaki tadi muncul semula. Tak silap telahan aku. Dia seperti yang aku fikirkan. Aku selalu nampak dia 'menggatal' di status-status awek cantik di facebook. Dia bukan sahaja menggatal di dunia maya tapi di dunia realiti juga. Banyak cerita dia aku dengar dengan awek-awek cantik yang lain. Itu pun dari roomate aku jugak. Aku tak suka cara lelaki ni sampailah aku buat keputusan untuk remove dia terus dari friendlist fb aku. Aku tak sanggup tengok ayat-ayat dia. Aku yang tak ada kaitan dengan dia terasa macam nak menangis baca komen-komen tu, tak tahu lah macam mana perempuan tadi rasa. Aku tak kisah kalau dia nak komen apa benda sekalipun kat fb tu, tu hak dia. Tapi pandai-pandailah pikir. Ada hati lain yang kena jaga. Even aku admit yang aku pun selalu jugak mengomen di status-status lelaki tapi at the same time aku selalu ingatkan diri aku yang ada hati someone yang perlu dijaga and ada limit nak bergurau senda. Kalau dia rasa sakit or cemburu dengan apa yang aku buat, benda yang juga aku akan rasa.

Sebelum balik cuti hari tu, aku berani bertanyakan perihal lelaki tadi dengan perempuan tadi pada roomate. Rupanya seperti diduga, selama ni hati perempuan tadi banyak terluka dan terhiris dengan perlakuan lelaki tadi. Tapi sebab tak nak kecoh-kecoh, dipendamkan sahaja rasa sakit yang tak tertanggung. Sampaikan setiap malam aku dengar, perempuan tadi menangis, mengadukan perihal mereka pada si kawan baik perempuan tadi. Oh, lelaki. mudah benar kau permainkan hati perempuan. Tak ingatkah kau saat kau menyusun ayat time nak tackle dia dulu. Dah dapat yang baik pun kau persiakan. Satu sudut, aku rasa lelaki ni cukup 'hebat' sampaikan dia tak pikir saat dia bertandang ke rumah keluarga perempuan minta restu.




Perempuan tadi banyak makan hati. Aku dah agak benda ni. Hati perempuan mana tak sakit tengok orang yang kita sayang menggatal di facebook, hangout bersuka ria dengan perempuan lain even kalau lelaki tadi bawak perempuan tadi pegi mana-mana event pun kawan-kawan dia jugak yang diberi perhatian. Perempuan ni rasa disisihkan. Sampaikan roomate aku cakap, si perempuan tadi rasa macam boneka yang diusung untuk dipamerkan pada kawan-kawan si lelaki dan dats it.Susah kalau jenis tak sedar yang diri tu bukan single lagi. Kalau nak hidup macam tu, better jangan ikat perempuan dengan sebarang relationship. Di pihak perempuan bersusah payah pertahankan kesetiaan tapi di pihak lelaki menghancurkan sebuah kepercayaan yang telah diberi. Kalau dah rasa nak having fun dengan kawan-kawan semata-mata better jangan diajak sekali. Lelaki, bukan semua yang perempuan perlu bagitahu. Pandai-pandai lah fikir. Bila dah jumpa mak ayah tu tolong lah serius, fikirkan masa depan. Bukan masa untuk bersuka-suka atau nak test either serasi or tak then tinggalkan macam tu jer. 



Aku rasa kesal dengan apa yang jadi pada perempuan tu. Dia cukup tabah dengan si lelaki tadi. Aku tersangat simpati dengan nasib dia. But what to do?? Aku tak tahu apa yang lelaki ni nak dalam hidup dia sebenarnya. Hurm. Aku just mampu perhatikan apa yang jadi dari jauh. Tapi satu aku nak cakap. Aku respect perempuan ni sebab walau apa pun lelaki tadi dah buat,dia masih mampu pertahankan hubungan diorang sampai mencecah lebih 2 tahun. Kalau selama lebih 2 tahun hati dia terasa merintih, aku pasti hati perempuan lain pun macam tu jugak termasuk aku. Kalau orang lain yang ikot emosi, memang nekad dah lama tinggalkan lelaki tadi. Personally, perempuan tadi tak layak untuk lelaki macam tu. She deserves the best love from someone who really knows the meaning of true love. Aku mampu berharap semoga lelaki tadi berubah. Sebab perempuan tadi dah cukup baik. Sayang kalau tak pandai menilai mana kaca mana permata. Aku harap sesangat yang lelaki tadi tak hancurkan kepercayaan keluarga perempuan tadi. Kalau sanggup datang rumah, mesti sanggup menjaga. Fikirkanlah baik-baik. Jangan mencari yang lebih baik bila dah dapat yang terbaik. Jangan menyesal di kemudian hari sebab sesalan tu tak mungkin dapat mencantumkan kembali sekeping hati yang telah hancur berkecai. Semoga cerita ni menjadi iktibar buat aku dan orang lain.




p/s:~ Mempertahankan sebuah hubungan lagi susah dari memulakannya.
thanks for visiting my site

09/04/2012

Berikan Ku Secebis Nasihat




Dah lama akak tak bagi nasihat. Rindukan semua kata-kata yang keluar dari mulut akak.Alhamdulillah,berkesempatan berdua dengan akak petang tadi.Banyak benda akak cakap hari ni.

Akak cakap,kalau kita buat something, kita bukan harap manusia untuk hargai apa yang kita buat sbb siapa sangat manusia kalau nak dibandingkan dengan Allah.akak cakap lagi,kadang-kadang kita rasa tiada orang yang faham apa yang tersimpan di lubuk hati kita sedangkan kita dah banyak kali korbankan kepentingan diri semata-mata nak bahagiakan orang lain.semakin kita harap manusia untuk faham apa yang kita rasa, semakin kita rasa kecewa dengan balasan yang kita dapat.hakikatnya, kita bingung memikirkan kenapa dan bagaimana semua tu terjadi.kita start rasa putus asa, kecewa, sedih dan sebagainya.

kita lupa, Allah sengaja beri ujian yang terlalu kecil itu sekadar untuk menduga sejauh mana rasa ikhlasnya kita membantu dan membahagiakan orang lain. tapi pernah kita fikir kenapa kita dibalas or dilayan dengan buruk setelah kita membantu atau membahagiakan orang lain walaupun di akhirnya kita yang terpaksa menanggung keperitan?sebabnya kita tak ikhlas lakukan sesuatu perkara atau kebaikan kerana DIA iaitu Allah. kita mungkin harap orang akan cakap 'terima kasih' atau balas kebaikan kita dengan sebesar-besar hadiah. kita silap. kalau itu yang kita pinta dari manusia, kita akan kecewa.
suatu ketika, pernah tak kita rasa kita terlalu ego dan pentingkan diri sendiri sehingga kita 'neglect'kan orang-orang 'lain' yang lagi perlukan perhatian dan kebaikan kita dari manusia yang selalu berdampingan dengan kita.

akak menambah lagi.sia-sia kita memikirkan hal orang yang tak pernah pedulikan apa yang kita rasa. dia bukan siapa-siapa. alihkan kepedulian kita pada yang lebih peduli dan tak pernah tinggalkan kita sedetik walau kita ditimpa kesusahan iaitu, DIA YANG ESA. cerita pentingkan diri sendiri hingga lupa pengorbanan orang lain bukan cerita baru bagi akak. dah banyak akak tengok dari segala macam ragam manusia. berdoalah semoga diberi kekuatan melalui liku-liku kehidupan yang masih panjang dengan diberi kekuatan semoga mampu berdiri teguh andai hati dilukai dan tiada insan yang menghargai segala apa yang telah kita lakukan. Allah terlalu menghargai setiap hambaNya walaupun hambaNya tak pernah menghargai apa yang DIA dah beri..

terima kasih atas secebis nasihatmu akak.

p/s:~ Ya Allah,andai aku lalai dari mengingatiMU,kirimkan kepadaku seseorang yang mampu mengingatkan ku setiap saat dan ketika agar tiap titusan air mata yang gugur ini bukan kerana manusia tapi hanya kerana mengharapkan keredhaanMU.
thanks for visiting my site

12/02/2012

Kesempurnaan Itu


CINTA kerana RUPA, cinta yang PURA-PURA..
bila MENINGKAT USIA, cinta LAYU bersama..

cinta kerana WANG, sangat mudah TERBANG..
ada WANG hati pun SAYANG, tiada wang cinta MELAYANG..

cinta kerana PANGKAT, cinta yang TIDAK LEKAT..
manakan bisa mendapat BERKAT jika hanya memandang DARJAT..

cinta kerana ILLAHI, itulah cinta HAKIKI..
rasa cinta yang TIADA MATI.. bersemi lagi di SYURGA FIRDAUSI..

InsyaAllah..

p/s :~ belum cukup sempurna untuk yg sempurna..andai aku tak mampu jadi seperti yg kau inginkan,aku berlapang dada melepaskan kau pergi demi sebuah kesempurnaan yg terbaik di sisiNya..




thanks for visiting my site

24/11/2011

Bang, bahagiakah kita??






Malam dingin dengan sapaan angin membelai sekali-sekala. Saya renung wajahnya. Jelas sudah retak-retak pada pelipis matanya. Pipinya, walaupun masih merah seperti dulu, tapi sudah ada riak-riak kedutan yang mula bertamu.

”Bang, bahagiakah kita?”

Masih terngiang-ngiang pertanyaannya lewat bual kami menjelang tidur.

”Bahagia itu di mana?” tanya saya semula.

Dia diam. Matanya redup bagai kerlipan lampu kamar tidur kami.

“Terlalu banyak yang kita telah lalui bersama. Tak sedar dah lebih 20 tahun kita bersama,” kata saya.

Pertanyaannya terus ternganga. Saya pasti dia tidak memerlukan jawapan. Kekadang, soalan dan luahan… sukar dibezakan.



Dalam suram wajahnya saya renung. Mata kami bertembung. Tidak ada bicara, namun rasa dalam rentetan pelbagai peristiwa begitu laju menerpa. Satu demi satu. Masih harum rasanya kenangan malam itu. Waktu kali pertama tangan kami bersatu. Jari-jarinya berinai merah. Seri wajahnya seakan purnama menghiasi kamar pengantin. Tapi sekarang… jari-jari itu tidak sehalus dan semulus dulu. Telah banyak diguris kesusahan, sudah sering diguris keperitan. Pun seri wajahnya, retak juga dipagut usia.




Masih saya ingat kata-kata malam pertama kami…


”Apa perasaan mu?”

Dia senyum.

”Saya bahagia.”

”Hari ni boleh jadi bahagia… tapi insya-Allah kita masih ada ribuan hari lagi yang akan dilalui bersama. Berdoalah, seperti mana muqaddimahnya, begitulah nanti natijahnya….” kata saya seakan berbisik. Senyum kami menguntum. Oh, alangkah indahnya ketenangan yang dia berikan. Tetapi akhirnya ’mentari’ kehidupan pun menyala petanda ’bulan’ bermadu telah berakhir. Hidup tidak selalu indah kerana di situlah keindahan hidup.



Dan hari demi hari terus berlalu. Musim pantas mencantas waktu bagai embun dijilat surya. Putera dan puteri kami menyusul seorang demi seorang. Tribulasi datang dan pergi. Berpindah dari satu daerah ke satu daerah. Roda kehidupan berputar laju. Kekadang di atas, sering juga di bawah. Ada ketikanya, senyum, suka dan ceria. Acapkali juga ada muram, duka dan air mata. Anehnya, dia terus bersama saya. Kadang tegurannya tajam, menikam… saya pedih. Namun, jauh di sudut hati, terbujuk juga – itu kerana sayang. Pernah juga belaian dan manjanya melekakan… mujur hati sering diingatkan – dia adalah ’hadiah’ Tuhan untuk saya. Masakan hadiah lebih besar daripada Pemberinya?




Kekadang kolek rumah-tangga gegar dipukul gelombang. Untunglah, kesabaran masih mampu bertahan… pelayaranpun diteruskan.


”Bahagiakah kita?”

Soalan itu kembali mengusik rasa.

”Di mana bahagia itu?”

”Di hujung atau di pangkalnya?”

Lalu saya temukan jawapannya…

”Bahagia itu bukan di pangkal jalan, bukan juga di hujung jalan… tetapi ia ada di sepanjang jalan.”

”Bahagia itu apa?”

Sekali lagi saya terhenyak ke penjuru jiwa. Mencari kata untuk menggambarkan rasa. Mampukah?



”Bahagia itu ketenangan!” kata ulama yang arif tentang wahyu dan sabda.


”Ketenangan itu apa?”

”Hati yang tenteram dalam semua keadaan dan suasana. Susah mahupun senang, miskin ataupun kaya, sihat mahupun sakit, pujian dan kejian… sama sahaja.”

”Bagaimana hendak memiliki hati semacam itu?”

”Ingat Allah… hati akan menjadi tenang.”

Bertalu-talu monolog diri itu menerjah kamar hati. Apa yang diketahui, apa yang dirasa, apa yang dilihat, apa yang dibaca sekian lama… terburai semuanya di malam ini – ditusuk sebuah pertanyaan: ’Bang, bahagiakah kita?”



”Tanpa Tuhan, tiada ketenangan. Tanpa ketenangan, tiada kebahagiaan.”


”Isteriku, kebahagiaan itu terlalu maknawi. Tapi ketenangan itu dapat dirasai. Jika kau tanyakan, bahagiakah kita? Ertinya, kau tanyakan tentang ketenangan kita. Dan jika kau tanyakan tentang ketenangan kita… kau sebenarnya bertanyakan sejauh mana kita ingatkan DIA – Tuhan kita!”

”Bang apakah aku telah dapat memberikanmu satu ketenangan?”

”Jangan tanyakan itu, sebaliknya tepuk dada tanya dirimu… apakah aku telah tenang?”

”Kenapa?”

”Hanya orang yang tenang sahaja dapat memberi ketenangan…”

”Ah, semakin sukar pula mencari jawapan… semakin diselam, semakin dalam.”



Malam kian larut di kolam buana. Mata saya kembali merenung wajah isteri. Dia yang tidak pernah meninggalkan saya ketika apapun jua. Ketika orang memuji, dia mengingatkan. Ketika orang mengeji, dia menggiatkan. Bagi saya itulah ketenangan yang dihadiahkannya… Walaupun mungkin itu hanya serpihan dari hakikat ketenangan yang hakiki. Namun itupun sudah memadai. Monolog hati saya terus bergema:


”Isteriku, apakah perjalanan kita ini masih panjang ataupun pendek… entahlah, aku tidak pasti. Namun, selagi antara kau dan aku masih ada DIA – Tuhan kita. Selama itulah kita akan tenang. Jika kau ingat, kaulah sumber ketenanganku. Jika aku ingat, akulah sumber ketenanganmu. Jika kita sama-sama mengingati-Nya, maka bahagialah kita. Sebaliknya, jika kita sama-sama lupa… musnahlah kita.”

Lalu dalam suram kamar yang sederhana… saya sentuh tangannya. Walaupun tidak halus dan mulus seperti dulu, tapi sentuhan itu membelai hati saya. Kali ini bukan rasa tahap rendah yang membara. Tapi rasa tahap tinggi yang menyala-nyala. Isteriku… kita bahagia!



Perlahan-lahan, saya bangun, bergerak ke meja tulis. Sebuah sajak yang saya hasilkan sewaktu berjauhan dahulu saya keluarkan dari lipatan buku catatan peribadi. Terasa kesal juga tidak kirimkan kepadanya. Akibatnya, sajak ”Jauh itu dekat” tidak pernah dibacanya. Saya baca kembali baitnya satu persatu:


~♥~
Kembali kita berjauhan…

salam terpisah, senyum tertahan

rindu berbuah, sayang merendang

jauh-jauh begini…

menguji percintaan



Suaramu telus di langit kelabu

setiamu selimut dingin hujanku

arca bayang-bayang malam

sinar remang-remang siang

melukis setiamu di awan gemawan



Terpisah semakin indah

kian terlarut keruhan rasa

terimbau semula nostalgia lama

jari-jari merahmu…

di malam pertama



Sayang… Jauh itu DEKAT!







 


p/s:~sayang..adakah kau rasa kebahagiaan itu??

sumber:~genta rasa 



thanks for visiting my site

28/10/2011

Bila Lidah Kelu Untuk Berbicara





Andai ada INGKAR di hati, menepis wujudnya di sisi..




andai bibir kelu untuk hujani BICARA INDAH pada hati..




andai RINDU masih tersimpan kukuh di sanubari..




aku RELA jemari menjadi PENGGANTI, 




menyulam RAHSIA hati yang tersembunyi..




biar PENA yang terus BERBICARA..

thanks for visiting my site

08/10/2011

♥ Buat Kamu Yang Pernah Kehilangan



♥ Kita sangka kita dah sayang seseorang itu sehabis sayang..tapi, Allah lebih kasihkan hamba-hambaNya yang beriman lebih dari kasih kita kepada seseorang itu...♥ 

♥ Pepatah arab ada menyebutkan, "Segala sesuatu yang pasti akan terjadi, bererti ianya dekat." Kematian itu pula sesuatu yang pasti, maka mati adalah dekat...malah lebih dekat dari kita mencapai sesuatu sijil, diploma, sarjana, master, PhD...lebih dekat dari kita berjaya dalam hidup, dapat kerja, dapat beli rumah dapat kumpul kekayaan...malah lebih dekat dari dapat kahwin... ♥

- buat kamu yg pernah kehilangan -

al-fatihah 

♥ 



~ 302 hari ~

thanks for visiting my site

16/08/2011

Salam Nuzul Al Quran | Selamat Hari Lahir


Assalamualaikum..

Salam Nuzul Al Quran 1432 Hijrah :)

Esok 17 Ogos 2011 bersamaan hari Rabu merupakan besday Sangkunang..bertuah tuan punya badan memandangkan besday beliau jatuh pada 17 Ramadhan iaitu bersamaan dengan hari Al-Quran diturunkan (hari Nuzul Al- Quran)..subhanallah....jarang-jarang orang dapat peluang sedemikian..ishaz zafsh sendiri pwn xpenah lagi dapat 'hadiah' yg sgt100 'istimewa' ni sepanjang 20 tahun menghitung usia..buat Sangkunang,semoga besday tahun ni membawa seribu satu makna dalam diri terutama dalam meningkatkan segala amalan kepadaNya...masuk ni dah 2 tahun berturut-turut besday anda dalam bulan yang penuh berkat ( "ramadhan") kan??sweetnya sambut besday dalam bulan ramadhan..dapat peluang bersama denganNya lebih dekat kan??alhamdulillah....di pihak ishaz zafsh,hanya doa yg diutuskan sbgai 'hadiah' 'sementara' buat Sangkunang.. semoga Sangkunang sentiasa dalam lindungan Allah, panjang umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan hidup di dunia dan akhirat...paling penting,menjadi hambaNya yang tebaik dan menjadi anak yang soleh buat kedua orang tua...semoga segala cita-cita yang diimpikan,termakbul...amin...

p/s:~opss!lupa lak..jd ckgu yg baik jgk..xmo rotan2 student taw!! V(^^)*

Selamat hari lahir Sangkunang..opss!adiah later2 la ekk..xsmpat nk bli adiah ag.. hihi :)


Memandangkan esok juga merupakan Hari Nuzul Al- Quran...ishaz zafsh ingin berkongsi serba sedikit tentang sejarah Nuzul Al-Quran..mungkin ramai yang terlepas pandang,17 Ramadhan juga sebenarnya terjadi satu lagi peristiwa besar dalam takwim Islam iaitu Perang Badar Al-Kubra..justeru,marilah sama-sama kita menghayati maksud tersurat dan tersirat yang terkandung dalam kedua-dua peristiwa yang ‘sangat istimewa’ ini…



i) 17 Ramadhan 2 hijrah (Perang Badar Al Kubra)


Rasulullah SAW berangkat dari Madinah pada 8 Ramadhan. Ibnu Hisyam menyatakan bahawa perang ini merupakan kemenangan pertama yang menentukan kedudukan umat Islam dalam menghadapi kekuatan kemusyrikan dan kebatilan. Allah SWT telah mengutuskan segerombolan malaikat untuk membantu pasukan muslimin menghancurkan pasukan musyrik. Perang ini berlaku pada pagi Jumaat, 17 Ramadhan 2 Hijrah di Badar. Kemenangan lebih kurang 300 orang tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah ini yang telah mengalahkan lebih kurang 1000 orang tentera musyrikin Mekah.



ii) 17 Ramadhan Tahun 41-keputeraan Nabi Muhammad SAW(Nuzul Al-Quran)

Sejarah al-Quran: Antara peristiwa agung dalam sejarah umat Islam adalah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Dituliskan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang berbunyi:

“Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW. Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi SAW. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.

Erti Nuzul al-Quran: ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah. ‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.

Nama-Nama Lain: Selain disebut al-Quran, ia juga disebut al-Kitab, al-Furqan, An-Nur, al-Zikr dan lain-lain.

Proses Penurunan al-Quran: Al-Quran diturunkan beransur-ansur selama 23 tahun.13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah.

Kehebatan al-Quran:

1. Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Isra’, ayat 88)

2. Orang yang membaca, menghafaz dan melihat sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.

3. Al-Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat.

4. Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta ayat yang menyerupai al-Quran. Firman Allah yang bermaksud: “ dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya, ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yang benar.” (al-Baqarah, ayat 23).

5. Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi saw.

6. Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia al-Quran secara menyeluruh sehingga hari ini. Ini bererti sifat kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan al-Quran secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan mendalam kekal terpelihara hingga kiamat.

7. Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang bermaksud: “Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (al-Baqarah, ayat 2).

8. Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dengan maksud: ‘Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.”


Tuntutan al-Quran: Sesungguhnya al-Quran mempunyai tiga hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya.

· Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya.

· Hak untuk bertakbir atau memahami makna dan menjiwai kehidupan.

· Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya.



SUMBER :-himpunan artikel islami.blogspot


p/s:- Al-Quran bukan hanya dijadikan perhiasan atau perisai menghalau jin,hantu mahupun syaitan semata-mata, tetapi ia adalah 'teman yang paling akrab' dalam jiwa yang sentiasa mengingati Allah…Salam Nuzul Al-Quran 1432 Hijrah
























thanks for visiting my site