Showing posts with label *in the pink of love*. Show all posts
Showing posts with label *in the pink of love*. Show all posts

14/10/2013

Not All The R.U.L.E.S. Meant To Be B.R.O.K.E.N.




:- do you know why the marriage ring is placed at the fourth finger from the thumb of your hand?

:- because its the only finger that has a vein which is directly connected to our heart :)


p/s :- being happy doesn't mean everthing is perfect. it means that you've decided to look beyond the imperfections~
thanks for visiting my site

01/10/2012

Ketika Cinta Mulai Hilang











Ketika Allah SWT sudah mempertemukan dengan pasangan hidupmu yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu..memperhatikanmu..menyayangimu..menerimamu apa adanya pada dirimu..mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain..terlalu sangat mengejar kesempurnaan..kelak kamu juga akan menyesal setelah menyakiti dan mendustai cinta sucinya...


"ABANG...SITI LETIH...ABANG TIDAK PERNAH CUBA MEMBERIKAN CINTA YANG SAYA INGINKAN..."

Suami saya adalah serorang jurutera komputer, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih… lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya.

Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

“Mengapa?”Dia bertanya dengan nada terkejut..

“Abang...Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.”

Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya. “Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?”

Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

“Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”

Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.”

Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan…

‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.”

Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”

“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”

“Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”

“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”

“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”

“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu.”

“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”

“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang.”

“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”

“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lamgi.

“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.”

“Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku… biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang- barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.




Pengajaran :




Terimalah segala kekurangan pasangan masing-masing. Yang kurang diperelokkan lagi. Masing-masing berusahalah untuk saling bantu membantu menutupi kekurangan masing2....sabarlah dalam mengharungi perkahwinan anda...

Suami dan isteri ingatlah firman ALLAH SWT yang bermaksud : “Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-NYA dan rahmat-NYA bahawa DIA menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-NYA antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang serta belas kasihan. Sesungguhnya demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” - Surah al-Ruum ayat 21.

Buat suami dalam menasihati isteri ingatlah Sabda Rasulullah SAW : “Nasihatilah wanita dengan baik. Sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk dan bahagian terbengkok dari tulang rusuk adalah bahagian atasnya. Seandainya kamu meluruskannya bererti kamu mematahkannya dan seandainya kamu biarkan maka ia akan terus membengkok. Untuk itu, nasihatilah wanita dengan baik.” - Hadis riwayat al-Bukhari






p/s:~ setiap kekurang yang ada pada pasangan kita itu,adalah "kelebihan" kita untuk saling lengkap dan melengkapi antara satu sama yang lain.. kesempuraan itu hanya milik Allah SWT :)








thanks for visiting my site

03/07/2012

What Is A Family?


:')


A father came home from work late, tired and irritated, to find his 5-year old son waiting for him at the door.

Son: "Father, may I ask you a question?"

Father replied: "Yeah sure, what it is?"

Son: "Father, how much do you make an hour?"

Father said angrily: "That's none of your business. Why do you ask such a thing?"

Son: "I just want to know. Please tell me, how much do you make an hour?"

Father: "If you must know, I make $20 an hour."

"Oh," the little boy replied, with his head down. Looking up, he said, "Father, may I please borrow $10?"

The father was furious, "If the only reason you asked that is so you can borrow some money to buy a silly toy or some other nonsense, then you march yourself straight to your room and go to bed. Think about why you are being so selfish. I work hard everyday for such childish behavior."

The little boy quietly went to his room and shut the door. Father sat down and started to get even angrier about the little boy's questions. How dare he ask such questions only to get some money? After about an hour or so, the father had calmed down, and started to think: Maybe there was something he really needed to buy with that $10 and he really didn't ask for money very often.

The father went to the door of the little boy's room and opened the door.

"Are you asleep, son?" Father asked.

"No Father, I am awake," replied the little boy.

"I have been thinking, maybe I was too hard on you earlier," said the father. "It's been a long day and I took out my aggravation on you. Here's the $10 you asked for."

The little boy sat straight up, smiling. "Oh, thank you Father!" He yelled.

Then, reaching under his pillow he pulled out some crumpled up bills.

The father, seeing that the little boy already had money, started to get angry again.

The little boy slowly counted out his money, and then looked up at his father.

"Why do you want more money if you already have some?" the father grumbled.

"Because I didn't have enough, but now I do," the little boy replied.

"Father, I have $20 now. Can I buy an hour of your time? Please come home early tomorrow. I would like to have dinner with you."

~~~~~~~~~~~~~✿✿✿~~~~~~~~~~~~~~~~


Share this story with someone you like... But even better, share $20 worth of time with someone you love. It's just a short reminder to all of you working so hard in life.

We should not let time slip through our fingers without having spent some time with those who really matter to us, those close to our hearts.

If we die tomorrow, the company that we are working for could easily replace us in a matter of days.

But the family and friends we leave behind will feel the loss for the rest of their lives. And come to think of it, we pour ourselves more into work than to our family. An unwise investment indeed!

So what is the moral of the story?

Don't work too hard...and you know what the full word of FAMILY is?

p/s:~ FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER,(I)(L)OVE (Y)OU!
thanks for visiting my site