Perkara yang terlintas dalam pikiran, tak lain tak bukan hanyalah tido sepanjang 2 hari. macam beruang yang berhibernasi tu. tapi macam selalu la kan, tido banyak-banyak mesti pening, mata bengkak, badan jadi lesu. seriously, letih macam kerja kontrak. what to do??no choice.
Semalam, budak-budak 1.3 bertungkus lumus buat bookmark untuk lecturer sempena assembly next week. at least adanya diorang ni kurang sikit la rasa bosan. ada orang yang boleh diajak berborak. actually, aku kesian kat diorang sbb kena buat kerja tiga empat kali. yela kan, dah buat bookmark yang belambak time cuti, kena buat lagi sekali untuk pensyarah. benda yang aku suka pasal diorang, diorang ni jenis tak banyak bunyi even aku tau yang diorang ada banyak benda yang tak puas hati. aku senang kawan dengan orang-orang jenis ni. tapi, mesti ada yang cakap buat bookmark ni macam makan kacang sebab senang. tapi tu semua muhung belaka. kalau buat sendiri, baru tau betapa rumitnya even nak siapkan satu! SATU!! aku sekadar membantu apa yang patot. tak sampai hati tengok orang lain terkontang kanting buat kerja sedangkan kita duduk sambil goyang kaki.
Aku tak paham kadang-kadang dengan manusia yang 'jual ikan' dan tak pernah nak 'consider' orang lain. ikot kepala sendiri. boley hidup untuk menyusahkan orang lain. sebab tak nak bising-bising, macam ni la jadinya. diperlakukan sesuka hati. aku just nak cakap satu ja. SATU!! orang yang suka buat jahat dan aniaya orang lain ni tak kan selamat hidup sebab orang lain mendoakan kebinasaan dia. so, cepat atau lambat pembalasan tuhan tetap ada. jangan nak hebat sangat dengan apa yang ada sekarang. tuhan boleh ambik bila-bila.
Aku jugak rasa aku di pihak yang teraniaya. aku bukan jenis mudah nak maafkan orang lain. bergantung pada kesalahan yang dia dah buat pada aku. aku nak cakap yang aku tak kan maafkan atas apa yang orang dah buat pada aku. aku expect orang tu baik sangat sampai aku tak pernah nak berkira satu benda. tapi bila dah start tikam aku dari belakang, kawan sebantal boleh bertukar jadi musuh yang paling ketat. jangan salahkan aku kalau aku dah tak respect sbagai seorang kawan. betol apa yang mak aku selalu cakap, orang yang diam ni bahaya! kita tak tahu apa yang ada dalam hati dan pemikiran dia. yes, it's true. buktinya?? dah ada depan mata. aku menyesal sebab kenal manusia macam ni. ibarat orang tua-tua cakap, bagai melepaskan anjing yang tersepit. kita dah buat kebaikan pada dia, akhirnya kita yang digigit.
Hahaha. cukup dulu setakat ni, dari cerita weekend yang bosan macam nak gila sampai ke anjing jadi mangsa. selamat tido penduduk IPBA.
p/s:~ jom tido!! :p
thanks for visiting my site
Hari Minggu


tacing ya amat bila anything yg ada atas dunia ni semua kena guna duit
Apa kau mengarut ni? Dah lama
orang atas dunia ni tau yang hidup kalau tak ada duit memang dijamin mati kering
Yela, nak makan kena bayar, nak beli
baju, rumah
even nak
kawin pun lagilah kena guna duit. Yang tak menahannya, masuk toilet yang 'hell' pun ada aci tunggu nak kutip cukai. Tapi kalau benda yang common ni aku memang tak kisah sangat sebab tu keperluan. Yang geramnya bila something yang tak dikategorikan sebagai 'keperluan' pun still nak gak kuar duit memang panas hati
laa.
blogger mungkin dah sedia maklum yang widget 'ShoutMix' bukan lagi free berkuatkuasa JANUARI 2012. Like seriously
Yes, i'm serious. No wonder la dekat 'ShoutMix' aku dah terjojol word 'important
note'. Rupanya nak bagitahu aku, 'kau jangan harap boleh guna benda ni free lagi tahun depan!!' Okokok. Aku paham, kau nak aku bayar kan kalau still nak guna benda alah ni lagi? Sorry banyak-banyak la der,dari kau cekik duit aku untuk benda tak pekdah ni,baik aku sedekahkan duit aku kat anak yatim. Dapat gak pahala. 
dengan orang lain secara mudah. Kebiasaannya, para blogger atau mana-mana admin website akan memasang aplikasi ini bertujuan untuk mengenal pasti para pengunjung yang bertandang ke blog atau website mereka. Para pengunjung boleh meninggalkan apa-apa komen atau pesanan secara langsung dengan adanya aplikasi seperti ini. Seperti kebanyakkan ruang chatting yang lain, risiko 'ShouMix' anda di 'spam'
adalah sangat TINGGI. Justeru, anda dinasihatkan supaya lebih berhati-hati
*hohoho
*tudiaa,punah ayat aku
*hahahaha~





