10/06/2011

Pemergian...






Air mata ini tumpah jua

Hari ini, genap 6 bulan pemergian arwah. Masih terasa kenangan bersamanya. Suka dan duka yang dikongsi bersama tetap terpahat di lubuk hati meskipun arwah terlebih dahulu pergi meninggalkan aku. Aku pasrah kerana ajal dan maut itu telah tertulis sejak azali lagi. Ingin sekali aku menangis semahunya tatkala angin memori semalam bertiup lembut menyapa aku saban hari, namun itu hanya sia-sia kerana tiap titisan air mata yang gugur ini tidak dapat menghidupkan dia yang telah pergi. Aku redha. Itulah sahaja perkataan yang mampu aku luahkan tiap kali kenangan itu bertandang. Redha yang hanya mulut sahaja petah berkata-kata,bagaimana dengan hati?Adakah hati ini redha dengan “pemergiannya”?Terlalu sukar untuk aku menjawab soalan sedemikian. 

Sejujurnya, aku belum siap untuk menghadapi sebuah “perpisahan”.Terlalu hebat hati dan perasaan ini diuji. Buat kesekian kalinya,aku rebah lagi. Al-Fatihah buatmu. Semoga dirimu bahagia dan tenang di sana. Usah kau kuatir, akan ku gagahi walau seribu kepayahan terpaksa aku hadapi dalam meniti sebuah episod kehidupan. Semoga dirimu ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Aku pasti menyusul satu hari kelak kerana mati itu adalah PASTI.


Kematian itu adalah pasti


Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan. (Al-Anbiya' : 35)



Kematian itu adalah sesuatu yang PASTI dihadapi buat semua makhluk yang bernyawa di atas muka bumi ini. Namun, kematian yang bagaimana yang kita inginkan? Adakah kita lebih suka untuk tidak memilih dan hanya menyerah kepada takdir untuk menentukan bagaimana kematian kita? Imam Ghazali pernah berkata, “Cara mati kita ditentukan oleh cara hidup kita”. Saban hari, kita dikejutkan dengan puluhan malah ratusan kematian yang berpunca dari pelbagai faktor seperti kemalangan, sakit kronik, pembunuhan, bencana alam, wabak penyakit dan sebagainya. 

Sesuatu kematian itu adalah BERSEBAB. Realitinya, masyarakat kini mendakwa sesuatu kematian itu terjadi disebabkan TAKDIR semata-mata  hingga ada di antara mereka mula mempersoalkan keadilan Allah dalam menetapkan perjalanan kehidupan seseorang. Mereka mula mendakwa Allah tidak adil kerana memisahkan mereka dengan orang-orang yang mereka kasihi. Kerana TAKDIR lah si pulan bin si pulan kehilangan isteri tersayang, anak-anak , ibu bapa, malah kehilangan rakan taulan yang pernah membesar bersama. 

TAKDIR?Adakah tepat kita hanya menyalahkan takdir sahaja atas kematian seseorang?Sangat cetek pemikiran dan hanya yang tak punya iman sahaja bisa melontarkan kata-kata sedemikian. Ya, tidak dapat disangkal kerana TAKDIR yang telah ditetapkanNya, kita harus merelakan sebuah perpisahan. Namun, jika direnung dan diamati dengan kaca mata akal dan iman, Allah telah menetapkan sesuatu itu BERSEBAB dan TAKDIR lah yang mengiringi sebab musabab tersebut.Sebagai contoh, kematian yang dianggap sudah TAKDIR itu sebenarnya berpunca daripada suatu kemalangan yang sangat ngeri hingga mengakibatkan ramai yang terkorban. Mungkin ada yang akan berkata, ‘Sudah TAKDIR mereka meninggal. Mahu atau tidak,kita harus terima TAKDIR itu.” Jangan pernah mencari salah dan silap dari TAKDIR semata-mata,tetapi fikirlah tentang PUNCA/SEBAB sesuatu itu terjadi. Allah MAHA BERKUASA dan MAHA TAHU.

Jika kita sibuk menyalahkan TAKDIR, kita akan kehilangan satu nikmat yang terbesar dalam hidup iaitu MUHASABAH. Kita tidak mungkin akan merasai kemanisan MUHASABAH itu kerana kita telah mengubah “mind set” kita untuk terus melihat  TAKDIR  itu sebagai sesuatu yang negatif. Kematian, kehilangan dan perpisahan itu sebenarnya terkandung sejuta hikmah yang tidak tersingkap dengan mata kasar kerana hijabnya yang sukar ditembusi tanpa adanya IMAN, AKAL & MUHASABAH. Kita mungkin merasakan kitalah manusia yang malang kerana hanya kita sahaja diuji dengan sesuatu kehilangan atau perpisahan. 

Namun, apabila iman berbicara, kita mula sedar dan insaf bahawa apa yang terjadi itu sebenarnya Allah sudah tahu mana yang terbaik dan mana yang buruk buat kita. Nah, di situlah MUHASABAH memainkan peranannya. Ingatlah sesuatu yang terbaik untuk kita belum tentu terbaik bagi Allah.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ( Al- Baqarah : 216)

Hakikatnya,TAKDIR itu sendiri tidak dapat diubah melainkan PUNCA/SEBAB sahaja yang mungkin berubah-ubah mengikut masa, keadaan dan tempat. Terimalah ia walau sukar kerana tiap kesukaran itu mengajar kita erti tabah dan sabar. Semoga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa mendapat hidayah dan naungan dari Allah. InsyaAllah.


Buatlah kebaikan yang akan terus hidup setelah kita tiada agar perginya kita meninggalkan nama yang baik.


Memori semalam seharum mawar merah


Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

 Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa

Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

(Rahmat ujian : Mestica)




thanks for visiting my site

1 Orang Comel/Kacak Berkata:

  1. setiap manusia akan ditimpa ujian yang setanding dengan kadar upayanya.tabahlah dengan suratan takdir yang ditentukan untuk anda cik SHUHADA.

    ReplyDelete