27/02/2011

Akal Setipis Rambutnya...


Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.

Apa lagi yang tidak ada di syurga,
namum Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.
Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri.

Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok
untuk diluruskan lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri
yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan
mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan
bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan
cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta
sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan
panduan dariNya.

Jangan cuba jinakkan mereka dengan
harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan
mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin
menderita.

Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati
serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut
sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana
dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan
keadilan Tuhan. Bisikkan ke telinga mereka bahawa
kelembutan bukan suatu kelemahan.

Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan kerana rahim
wanita yang lembut itulah yang mengandungkan
lelaki-lelaki waja.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya,
pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa
ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh
diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.

Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan.
Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri,apalagi mengenal
lelaki. Bila wanita derhaka,dunia lelaki akan huru-hara.
Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa.

Para lelaki pula jangan hanya mengharap
ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum
memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu
kepadaNya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan
jinaklah segala-galanya di bawah pimpinan kita.

JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH, KALAU
PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI.

thanks for visiting my site

0 Orang Comel/Kacak Berkata:

Post a Comment